top of page

Tanam berskala besar, MARDI hasil tiga jenis benih bawang merah



Oleh: Helmi Mohd Foad


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berjaya menghasilkan tiga jenis benih bawang tempatan bagi tujuan penanaman berskala besar di negara ini.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kejayaan tersebut merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan pihak MARDI sejak tahun lalu.


"Saya telah mengarahkan MARDI untuk menjalankan penyelidikan tahun lalu dan kita telah berjaya melancarkan tiga varieti Bawang Merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3.


"Alhamdulillah, Jabatan Pertanian Malaysia pada 24 Januari lalu telah memulakan penanaman Bawang Merah MARDI BAW-1 di kawasan seluas 1 hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Mohamad berkata pihaknya telah mengarahkan MARDI untuk memberikan tumpuan serta memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran bawang merah MARDI BAW-1.


"Data-data yang diperoleh nanti dapat membantu kementerian merangka plan penanaman bawang merah tempatan ini secara besar-besaran," katanya.


Terdahulu Mohamad memberitahu krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India telah mengakibatkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram.


Keadaan tersebut mendorong kementeriannya mengarahkan satu kajian dilakukan bagi menghasilkan benih bawang merah untuk penanamaan skala besar tanaman tersebut.


Mohamad dipetik sebagai berkata iltizam kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import bawang negara dalam tempoh lima tahun dapat direalisasikan dengan penanaman bawang berskala besar yang sedang dimulakan di Batang Padang, Perak dan Serdang, Selangor oleh pihak Jabatan Pertanian.


Kata beliau kementerian juga mengarahkan Jabatan Pertanian terus mencari lokasi lain yang bersesuaian untuk menambah keluasan penanaman Bawang Merah MARDI ini bagi penghasilan berskala besar.


Laporan sebelum ini memetik Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Wan Rozita Wan Engah berkata, sebanyak 1.5 tan metrik tan bawang merah jenis BAW-1 telah berjaya diserahkan kepada Jabatan Pertanian pada 22 Januari lalu.


MARDI berhasrat untuk mempertingkatkan plot tanaman bawang kepada 40 hektar pada 2025 dan seterusnya meningkat kepada 100 hektar menjelang tahun 2030.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page