top of page

Tanah terbiar ada potensi jadi tapak projek IPR



Kementerian Ekonomi mengalu-alukan mana-mana kerajaan negeri yang sedia menawarkan tanah sesuai untuk aktiviti pertanian di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dijalankan.


Menterinya Rafizi Ramli berkata, kementeriannya melihat potensi membangunkan tanah terbiar bagi diusahakan projek pertanian moden untuk membasmi kemiskinan.

"Kerajaan persekutuan memberikan dana, konsep, latihan dan kerajaan negeri memberikan tanah. Beri tanah itu bukan bermaksud bagi tanah kepada kerajaan Persekutuan, tetapi kami (Pusat) pinjam untuk sekurang-kurangnya lima tahun.


"Hak milik tanah dan geran semua masih dimiliki kerajaan negeri, tapi dengan persetujuan untuk lima tahun ini, kita buka yang ini (IPR) dahulu. Daripada terbiar baik kita buka untuk beri manfaat kepada orang ramai


"Kalau perkara ini disambut baik, kita dapat skalakan projek IPR ini di seluruh negara," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian semasa hadir ke pelancaran projek IPR – Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR-INTAN NCER) di Hulu Kinta pada Selasa yang membabitkan peserta daripada golongan B40 untuk bertani secara moden dengan jangkaan pendapatan RM2,000 sebulan.


Projek itu dilaksanakan dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta bawah kerajaan Pusat dengan tanaman cili dan terung, serta telah mempunyai pembeli tersedia


Rafizi sementara itu menyambut baik hasrat kerajaan negeri Perak sedia berbincang menyediakan tanah kepada Pusat bagi maksud pembasmian kemiskinan dan jaminan sekuriti makanan.


"Saya berharap usaha kerajaan negeri Perak disambut oleh kerajaan negeri lain, barulah kita boleh bawa pertanian moden ini ke daerah di seluruh negara," tambah Rafizi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page