top of page

Tanah taman rekreasi ditukar kepada pembangunan di musim Covid 19



Kerajaan Perikatan Nasional tidak sewajarnya membiarkan penukaran syarat tanah oleh pihak berkuasa di Wilayah Persekutuan dari kegunaan awam kepada pembangunan di musim pandemik Covid 19.


Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran berkata, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha memerangi Covid bukan membenarkan pembangunan di kawasan rekreasi awam.


Beliau mempertikaikan pembangunan yang dirancang di tapak nuseri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluas 39,000 meter persegi yang tular di media The Star dalam beberapa hari kebelakangan ini.


"Perkara pertama, berlakunya inisiatif untuk tukar tempat (kegunaan tanah) yang digazetkan pada 2017 iaitu tanah awam, kegunaan nuseri DBKL dan ada kolam tadahan hujan yang juga merupakan taman rekreasi.


"Bila saya terbaca dalam The Star tanah sebelah ini akan ditukar (nyah) gazet daripada awam kepada kawasan pembangunan.


"Oleh itu saya bersama NGO dan penduduk setempat membantah perkara ini kerana tidak diberitahu perkara ini. Semalam baru kita tahu sebab tiada apa-apa inisiatif dari agensi kerajaan memberitahu perkara ini.


"Menurut The Star bahawa 4 hingga 26 Januari adalah tarikh membantah kepada pihak berkuasa tempatan. Dua hari lepas baru kita tahu. Saya rasa ini adalah satu perkara yang dilakukan tanpa pengetahuan masyarakat. Saya rasa ini tidak adil kepada penduduk di sini


"Adakah ini satu agenda salah guna kuasa? Saya persoalkan kenyataan Menteri Wilayah, Annuar Musa. Saya keliru, di mana beliau sebelum ini berkata semua kolam tadahan air akan digunakan sebagai taman rekreasi," katanya dalam sidang media semalam.


Prabakaran mengimbas kembali pada 2019, sewaktu era pemerintahan Pakatan Harapan beliau telah mengusulkan kepada DBKL untuk menukar semua kolam tadahan air kepada taman rekreasi dan digazetkan supaya tiada pembangunan pada masa hadapan.


Untuk itu beliau memuji tindakan Annuar Musa kerana telah menggazetkan kolam di Taman Wahyu, Kuala Lumpur untuk kegunaan awam.


"Tetapi tiba-tiba saya terbaca kolam ini pula ditukar jadi pembangunan. Jadi saya pelik dengan kenyataan dia.


"Adakah ini satu masalah dalaman dia dengan timbalan atau pengarah hingga berlaku salah komunikasi atau ada agenda sendiri? Saya minta jawapan dari menteri," katanya.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan itu juga berkata, penduduk di kawasan sekitar kolam rekreasi tersebut mempunyai hak untuk sebuah kawasan riadah yang boleh dilakukan pelbagai aktiviti agar menjadi warga yang mengutamakan kesihatan.


"Penduduk di sini keliru (isu kehilangan kawasan rekreasi) dan pendengaran awam pula ketika PKP ini ditunda. Itu pun kita perlu dapat maklumat supaya boleh serah cadangan dan bantahan dari penduduk.


"Kita sebenarnya tak bantah pembangunan. Tetapi sudah digazet tanah awam kenapa diubah kepada pembangunan? Musim Covid bukan buat pembangunan, fokus isu Covid," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page