top of page

Tanah runtuh Sungai Pusu: MB arah MPS pantau keadaan



Tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu Gombak yang melibatkan halaman rumah seorang penduduk, diarah oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk dipantau rapi oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).


Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata sebagai langkah awal, pihak berkuasa tempatan itu meletakkan kanvas di tebing runtuhan serta jalan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.


"Runtuhan melibatkan kawasan milik peribadi dan pemilik perlu buat (baiki) sendiri. MPS akan pantau untuk elak runtuhan terus berlaku," katanya yang singgah di kawasan berkenaan dalam lawatan ke Pusat Operasi Pasar Tani Borong, Gombak selepas kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.


Kira kira jam 12.30 malam tadi berlaku runtuhan tanah di sebahagian halaman rumah Abdul Malik Mohd Hashim.


Tebing setinggi lebih dua meter itu runtuh namun kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.



Sebelum itu, Amirudin meninjau Pusat Operasi Pasar Tani Borong di Gombak yang menjual pelbagai barangan basah untuk keperluan rakyat terus dari ladang buat kawasan parlimen berkenaan.


Amirudin berpuas hati dengan bekalan barangan basah yang mencukupi dan dijual dengan harga berpatutan di pasar berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page