Tanah rizab Batu Caves tidak dinyahwarta pada era Pakatan - Juwairiya
- Redzuan Shamsudin
- Sep 16, 2021
- 1 min read

Tanah rizab Batu caves yang didakwan NGO dilupus secara diam-diam oleh kerajaan Pakatan Harapan terbukti sebaliknya.
Menurut Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, isu penyahwartaan yang tular baru-baru ini bukan berlaku sewaktu PH atau Pakatan Rayat memerintah sebaliknya terjada ketika era kerajaan Barisan nasional.
"Sebahagian tapak Batu Caves tersebut dibatalkan pewartaannya sebanyak tiga kali iaitu seluas 28.719 ekar pada 26 Ogos 1954, 17.45 ekar dan 77.475 ekar pada 30 April 1959 serta 29.78 ekar pada 3 Januari 2008.
"Oleh demikian baki lot rizab Batu Caves adalah seluas 242.326 ekar," katanya.
Menurut Juwairiya, penyahwarta terakhir berlaku dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan kerajaan Selangor bertukar ke tangan Pakatan Rakyat.
"Ini jelas bahawa pertimbangan dan keputusan yang dilakukan adalah ketika pentadbiran Barisan Nasional," katanya lagi.
Untuk rekod, tapak Batu Caves seluas 329.75 ekar telah diwartakan sebagai tanah rizab bagi tujuan rekreasi awam pada 17 Jun 1930.
Tapak Batu Caves tersebut bersempadan dengan kuil dan stesen keretapi serta penempatan awam.
Baru-baru ini, negara dikejutkan oleh laporan portal freemalaysiatoday.com bertajuk ‘Explain land grants within Batu Caves Reserves, NGO’s tell Selangor’ mendakwa sebahagian tanah rizab Batu Caves telah dibatalkan pewartaan menjadi hak milik tanah persendirian.
コメント