top of page

Tan Sri Mohamad Salim Pengerusi SKMM

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Feb 28, 2023
1 min read


Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mulai esok selama tempoh 2 tahun berkuatkuasa 1 Mac 2023.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Fahmi Fadzil berkata beliau yakin Salim mampu mengepalai SKMM memacu ke arah dekad digital keemasan buat negara.


"Tan Sri Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKMM serta menjadi ‘Pengerusi Interim’ SKMM dari Jun 2022 sehingga Januari 2023.


"Saya percaya pelantikan beliau akan membantu ke arah usaha mengatasi isu-isu prasarana komunikasi termasuk bagi 3% kawasan berpenduduk yang masih belum punyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah ‘dekad digital keemasan’," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page