top of page

Tan Sri Khalid mantan MB Selangor pulang ke rahmatullah



Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor kembali ke rahmatullah pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.


Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Tan Sri Khalid pernah menjadi pimpinan utama KEADILAN sedekad lalu.


"Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim di atas pemergian Allahyarham.


"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya di kalangan para solehin," katanya.


Allahyarham Khalid meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.


Jenazah beliau dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.


Kemudian akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.


Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page