top of page

Tambahbaik kaedah PdPR sebagai alternatif pengajaran, pembelajaran secara fizikal


Kerajaan Perikatan Nasional digesa untuk menambahbaik kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi pengajian tahun 2021.


Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, PdPR 1.0 lalu telah banyak menimbulkan kesusahan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa maka PdPR 2.0 yang dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini perlu dilakukan dengan kaedah yang lebih baik.


Katanya, pandemik Covid 19 yang mungkin akan berlarutan sehingga ke tahun hadapan memerlukan konsep PdPR diperbaiki dari semasa ke semasa, terutama bagi pendidikan di negeri Johor bagi memastikan generasi masa hadapan negara tidak tercicir.


"Bagi menangani kegusaran yang dihadapi para guru, pelajar dan ibu bapa dalam pelaksanaan PdPR 2.0, beberapa pendekatan perlu diambil dan dititikberatkan oleh unit pendidikan sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).


"Jadual PdPR ini (pada masa akan datang) perlu diumumkan awal, mengenai hari dan penggal persekolahan. Hal ini memudahkan guru untuk merangka serta menyediakan bahan mengajar (teaching aids) yang sesuai untuk sesi PdPR.


"Peranti untuk kegunaan pelajar perlu mencukupi. Kekurangan peranti dapat merencatkan proses PdPR sekali gus membawa kepada kegagalan PdPR secara keselurahannya.


"Juga capaian internet yang baik. Peranti yang digunakan oleh murid atau pelajar perlu mempunyai rangkaian internet dan boleh diakses di setiap kawasan perumahan atau kediaman," kata Natrah dalam satu kenyataan.


Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu juga tidak lupa mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional mengenai pengagihan komputer riba kepada pelajar daripada golongan B40.


Katanya, keutamaan perlu diberikan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM/SPVM/STPM/STAM. Peruntukan komputer riba daripada KPM sebanyak 150,000 buah juga, katanya perlu diagihkan ke semua negeri termasuklah negeri Johor.


Beliau juga berpendapat, kerajaan perlu mewujudkan pelan alternatif untuk menangani keciciran dalam pelajaran. Katanya, sebelum pandemik berlaku, dilaporkan seramai 30,000 murid sekolah menengah dan rendah di seluruh negara telah cicir daripada sistem pendidikan nasional setiap tahun. Bahkan angka tersebut dilaporkan meningkat lebih drastik ketika wabak Covid-19 melanda.


"Guru-guru juga perlu diberi kebebasan untuk mereka mencipta bahan-bahan mengajar yang sesuai ketika PdPR. Mereka perlu diberi kebebasan menggunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan PdPR kepada murid-murid dan tidak terikat dengan kaedah yang ditetapkan oleh kementerian selagi mana tidak menyalahi etika PdPR dan berupaya memberikan impak yang positif.


"Juga kerjasama daripada pihak sekolah, PIBG, PPD dan pemimpin masyarakat di setiap daerah negeri Johor perlu dipertingkatkan untuk menjayakan program PdPR ini," katanya lagi.


Apatah lagi, kata Natrah, baru-baru ini DYMM Sultan Johor telah bertitah supaya diadakan satu perbincangan antara semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor berhubung isu kebajikan rakyat Johor. Katanya, isu pendidikan di negeri Johor perlu dijadikan salah satu isu yang diketengahkan demi masa hadapan anak bangsa Johor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page