top of page

DSA & NATSEC 2026: M'sia tumpuan 1,456 syarikat pertahanan, keselamatan dari 63 negara

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 6 days ago
  • 3 min read
DS Anwar merasmikan DSA & NATSEC 2026 kelmarin. Malaysia terus mara melakar kejayaan cemerlang menganjurkan acara bertaraf dunia
DS Anwar merasmikan DSA & NATSEC 2026 kelmarin. Malaysia terus mara melakar kejayaan cemerlang menganjurkan acara bertaraf dunia

ULASAN KHAS DSA & NATSEC 2026: Nama Malaysia terus harum dan menjadi tumpuan dunia susulan kejayaan gemilang penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NATSEC) Asia 2026 yang berlangsung pada 20 April dan selamat melabuhkan tirai semalam di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di Kuala Lumpur.


Pada saat banyak negara-negara dunia yang terkesan dengan Konflik Asia Barat dan krisis global yang berterusan -

Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tidak hilang fokus atau ikut membeku dalam menghadapi kemelut tersebut.


Sebaliknya, Malaysia terus mara melakar kegemilangan tersendiri dengan meneruskan acara-acara bertaraf dunia dan menonjolkan diri menjadi tuan rumah yang diyakini oleh komuniti antarabangsa.


Melalui kepimpinan PMX, Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi serta menjana produk bernilai tinggi kekal menjadi daya penatrik pelabur global untuk terus memilih negara ini sebagai destinasi pelaburan utama.


Perkampungan dunia yang berjaya

Menyusuri kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah DSA dan NASTSEC, jelas dapat dilihat kemampuan yang dipamerkan oleh negara ini.


Malaysia sekali lagi telah menjadi perkampungan dunia yang berjaya menghimpunkan lebih 1,456 syarikat daripada 63 buah negara dalam suasana yang amat terurus, selamat serta harmonis.


Majlis perasmian dilakukan oleh PMX dan tahun ini merupakan edisi ke-19 ia diadakan.

DS Anwar meneliti pameran kelengkapan perang berperisai terbaharu
DS Anwar meneliti pameran kelengkapan perang berperisai terbaharu

Penulis yang turut `berkampung’ di MITEC, berpeluang menyaksikan himpuanan delegasi syarikat-syarikat gergasi tempatan dan luar negara, daripada sektor pertahanan dan keselamatan mengadakan perundingan dengan semangat diplomasi tahap tinggi.


Acara yang berlangsung lancar, jelas membuktikan keyakinan mereka dengan kemampuan serta keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah serta kepimpinan PMX yang dihormati.

Sekaligus hal ini merupakan satu platform berimpak tinggi, bukan sahaja mengenai sektor pertahanan dan keselamatan, tetapi juga suatu medan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, pertukaran kepakaran serta memperkasa keupayaan keselamatan negara selaras dengan cabaran semasa.


Berkongsi kepakaran


Sepanjang pameran DSA dan NATSEC Asia ini diadakan, ia bukan sahaja sebagai medan mempamerkan teknologi serta aset pertahanan terkini, malah menjadi tempat pertemuan pemimpin dunia, delegasi kanan dan pemain industri bagi membina jaringan, berkongsi kepakaran serta meneroka peluang baharu dalam perniagaan.


Antara teras teknologi termaju yang ditampilkan kali ini termasuk Sistem Autonomi & Robotik, Pertahanan Digital & Siber dan Teknologi Sensor & Elektronik.


Selain pameran teknologi dan aset pertahanan, acara ini turut menjadi medan pertemuan pemimpin, delegasi kanan serta pembuat dasar dari seluruh dunia.


Hubungan dan perbincangan yang terjalin sepanjang penganjuran dijangka memberi impak berpanjangan terhadap pembangunan sektor pertahanan dan keselamatan global.


Dengan adanya pameran bertaraf dunia ini, Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dengan prestasi ekonomi kukuh, keupayaan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti semikonduktor dan aeroangkasa.


Justeru, pameran DSA dan NATSEC Asia terus mengekalkan peranannya sebagai platform berwibawa yang menyokong penglibatan strategik, kerjasama bertanggungjawab serta perkongsian bermakna dalam mendepani cabaran keselamatan.


Hab kerjasama strategik, inovasi


Malaysia secara langsung menggambarkan keyakinan global terhadap negara ini sebagai hab kerjasama strategik dan inovasi teknolongi.

Penulis, Noraini Nordin di pameran pertahanan
Penulis, Noraini Nordin di pameran pertahanan

Memasuki edisi ke-19, pameran DSA terus mengukuhkan peranannya sebagai platform antarabangsa penting dalam sektor pertahanan dan keselamatan. Dengan tema ‘Enhancing Capabilities and Resilience Through Technology’, pameran kali ini menghimpunkan lebih 1,456 syarikat dari 63 negara sekali gus mencerminkan keyakinan global terhadap Malaysia sebagai hab kerjasama strategik dan inovasi teknologi.


Sepanjang acara ini bukan sahaja mempamerkan teknologi serta aset pertahanan terkini, malah menjadi medan pertemuan pemimpin dunia, delegasi kanan dan pemain industri bagi membina jaringan, berkongsi kepakaran serta meneroka peluang baharu.


Antara teras teknologi termaju yang ditampilkan termasuk Sistem Autonomi & Robotik, Pertahanan Digital & Siber dan Teknologi Sensor & Elektronik.


Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dengan prestasi ekonomi kukuh, pengukuhan mata wang serta keupayaan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti semikonduktor dan aeroangkasa.


Selain pameran teknologi dan aset pertahanan, acara ini turut menjadi medan pertemuan pemimpin, delegasi kanan serta pembuat dasar dari seluruh dunia.


Hubungan dan perbincangan yang terjalin sepanjang penganjuran dijangka memberi impak berpanjangan terhadap pembangunan sektor pertahanan dan keselamatan global.


Justeru, pameran DSA & NATSEC Asia terus mengekalkan peranannya sebagai platform berwibawa yang menyokong penglibatan strategik, kerjasama bertanggungjawab serta perkongsian bermakna dalam mendepani cabaran keselamatan masa kini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page