top of page

Tamatkan polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin - ABIM



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa sebarang polemik mengenai Minggu Solidariti Palestin di sekolah sekolah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dihentikan segera.


Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, polemik tersebut tidak perlu dipanjangkan sama ada oleh pihak yang menyokong Palestin atau pun tidak kerana telah diberi jaminan oleh KPM mengenai pengisian acara solidariti yang dipantau dan mengikut pekeliling yang disediakan.


"ABIM merujuk kepada penegasan yang dikeluarkan oleh pihak KPM mengenai prosedur yang telah ditetapkan untuk pengelolaan Minggu Solidariti Palestin. Menurut penilaian ABIM, panduan ini telah dijelaskan dengan terperinci dalam pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2023.


"KPM juga menegaskan Minggu Solidariti Palestin adalah sebahagian daripada pendidikan kewarganegaraan global yang telah dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).


"ABIM menilai panduan yang disediakan oleh KPM melalui pekeliling tersebut adalah penting untuk memastikan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, perpaduan, keharmonian, dan karamah insaniah diutamakan dalam program ini," kata beliau dalam kenyataan.


Menurut Zairudin lagi, amat wajar pelajar sekolah dididik menginsafi penderitaan umat Islam Palestin yang telah lebih 70 tahun dijajah Israel.


Pelajar, katanya, perlu mempunyai nilai akhlak dan kemanusiaan yang tinggi untuk menjadikan mereka manusia cemerlang dan mempunyai nilai nilai Madani di kemudian hari.


"ABIM menggariskan dalam konteks konflik Israel-Palestin, pendidikan memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak memahami isu tersebut secara betul dan sejajar dengan pandangan kerajaan, mengelakkan naratif yang salah daripada media sosial.


"Krisis kemanusiaan di Palestin memerlukan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama menyuarakan sokongan kepada kerajaan di atas ketegasan untuk menolak keganasan yang berlaku, yang mana ia telah mengorbankan ribuan nyawa masyarakat awam Palestin termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page