top of page

Tamatkan kecelaruan BN - PN dengan menangkan KEADILAN - PH



Kecelaruan di antara BN dan PN dalam mentadbir negeri Johor perlu diselesaikan dengan memenangkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.


Hal itu disampaikan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ceramah di Felda Bukit Batu, malam tadi.


"Sepatutnya sebagai kerajaan dihidangkan apa solusi (bantu rakyat). Baru baru ini di Dewan Rakyat saya minta kerajaan supaya tetapkan pilihan raya lima tahun sekali. Pinda Perlembagaan tetapkan Pilihan Raya Umum (PRU), PRN 5 tahun sekali. Macam negara maju lain.


"Kedua tetapkan had PM 10 tahun sahaja. Kalau tidak pilihan raya saja. Yang susahnya kita. Lepas PRU 3 - 4 tahun ada PRN. Kalau dulu kita selaras dengan PRU. Johor kos PRN RM150 juta. Elok beri bantuan rakyat.


"Baru ini MP Johor Bahru, Akmal bawa dalam dewan mengenai harga barang. Dia tanya menteri PN. Bagaimana nak selesai harga barang. Menteri PN kata sebenarnya PRN Johor tak payah, duit boleh belanja untuk rakyat. Dia sama dia pun bercelaru


"Oleh itu tamatkan kecelaruan ini. Caranya pada 12 Mac beri mandat kepada KEADILAN untuk mentadbir negeri Johor supaya ada nokhtah kepada kecelaruan," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu meminta pengundi di Johor melihat 'kejayaan' pentadbiran BN dengan harga barang melambung.


Biar pun, katanya, harga sawit tinggi tetapi peneroka tidak juga hidup senang kerana harga racun dan baja melambung


"Sekarang di Felda harga baja naik, racun nain. Ayam naik.


"Sawit sekarang harga tinggi RM6,000. Tengok minyak masak harga meningkat, tak ada bekalan. Kita banyak sawit tetapi minyak tak ada.


"Saya cadangkan orang Felda pergi petik buah proses minyak sendiri," sinis beliau.


Menyifatkan gebungan BN dan PN di peringkat Persekutuan sering bercakaran dan gagal menarik pelabur menyebabkan ekonomi meleset Shamsul mengingatkan agar gabungan itu tidak memerintah Johor untuk 5 tahun akan datang.


"Tengok BN dan PN setiap hari kita tengok berkelahi. Zahid bantai Muhyiddin, Muhyiddin bantai Zahid.


"Azmin Ali bantai Najib, Najib jawab muka Azmin kabur. Tetapi mereka kata nak kestabilan. Stabil apa macam ini?


"Kalau di peringkat Persekutuan mereka jadi menteri kerajaan, di negeri BN letak 56 calon PN pun letak 56 calon. Apa nak jadi," katanya.


Shamsul meminta pengundi Johor mencontohi Selangor yang maju dan kerana rakyatnya terus memberi peluang PH mentadbir. PH menyediakan bermacam macam skim bantuan kepada rakyat


"Orang kata PH sembang sahaja. Benar kita ada sikit kesilapan. Baru tadbir 22 bulan, bukan 22 tahun. BN sejak merdeka.


"Contohi Selangor, 2008 kita menang, 2013 kita menang. Kita buat banyak program untuk rakyat. Baru ini banjir orang hentam tetapi dalam sebulan kita bagi bantuan dan selesai masalah. Tengok Pahang 2 - 3 bulan tak selesai masalah. Itu negeri PM sendiri.


"Negeri Sembilan pun sama kita jadi kerajaan. MB Negeri selalu turun bersama rakyat, selesai masalah segera. Kalau ada pilihan raya, inshaAllah kita menang sekali lagi di sana.


"Kita minta Johor dapat balik ke PH untuk kita pimpin semula," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page