top of page

Taman Rakyat Madani: Taman awam di semua PBT Selangor dinaik taraf tahun depan



Kerajaan Negeri Selangor terus menggandakan usaha bagi mewujudkan persekitaran kehidupan selesa untuk rakyat di negeri itu.


Exco kerajaan tempatan Datuk Ng Suee Lim berkata, mulai tahun hadapan Kerajaan Negeri akan membangunkan taman awam di seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai Taman Rakyat Madani.


"Pencarian lokasi pembangunan bermula Januari depan dengan memastikan seluruh PBT mempunyai taman rekreasi ini," katanya.


Sementara itu jelasnya, Taman Rakyat Madani yang akan ditanggung kos pembinaannya antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti wi-fi percuma, ruang senamrobik, taici, pusat kitar semula, sudut perbincangan dan tempat untuk pemuzik jalanan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan harapannya untuk melihat persekitaran projek perumahan rakyat lebih manusiawi, termasuk menaik taraf 48 Taman Rakyat Madani di bandar dan pekan kecil.


Kerajaan Selangor menerusi Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM6 juta untuk membina dan menaik taraf taman awam di semua PBT tahun depan bagi merealisasi hasrat tersebut.


Sementara itu Suee Lim yang juga ADUN Sekinchan menjelaskan, KDEB Waste Management (KDEBWM) akan menumpukan pengurusan sisa pepejal untuk memastikan taman awam yang bakal dibangunkan kelak sentiasa bersih dan selamat.


"Kerjasama semua pihak juga diperlukan untuk tidak melakukan vandalisme bagi memelihara kemudahan awam yang disediakan nanti," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page