
Biro Antarabangsa KEADILAN mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi di Turkiye.
Menurut Ketua Biro Antarabangsa, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin seluruh anggota KEADILAN mendoakan mangsa gempa tersebut agar tabah dalam menempuh dugaan berikutan gempa bumi pada skala 7.8 Ricther, semalam.
"Salam Takziah buat Turki dan Syria.
"Parti Keadilan Rakyat turut berdukacita atas bencana gempa bumi yang melanda serentak di kedua-dua buah negara sebentar tadi dan telah mengakibatkan kemalangan jiwa, kecederaan serta kerosakan harta benda.
"Pihak kami mendoakan keluarga mangsa diberi kesabaran dan kekuatan berhadapan ujian ini. InshaAllah kami akan usahakan bersama-sama membantu dan berdoa semoga semuanya diberikan keselamatan," katanya.

Semetara itu, dalam perkembangan berkaitan Setiausaha Biro Antarabangsa KEADILAN, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berharap bantuan pasukan SMART dari Malaysia akan membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa di Turkiye.
"Kami mengharapkan keadaan akan pulih dengan segera dan menyertai pihak awam dan Kerajaan seluruh dunia untuk sama sama membantu mangsa yang terlibat.
"Ucapan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang dari awal telah mengerahkan pasukan penyelamat ke kawasan bencana," katanya dalam satu kenyataan.