top of page

Takziah atas pemergian T Kumar



KEADILAN mengucapkan takziah kepada keluarga Kumar Thuraisingam bekas Timbalan Setiausaha KEADILAN yang meninggal dunia kelmarin.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemergian beliau amat dirasai berikutan jasanya membela rakyat marhaen terutama dalam isu isu berkaitan peneroka Felda.


"Mewakili keluarga besar KEADILAN saya mengucapkan takziah kepada famili saudara Kumar Thuraisingam bekas Timbalan Setiausaha KEADILAN yang telah meninggal dunia. Beliau seorang peguam.


"Bersama almarhum Tuan Hj Suhaimi Said, parti memberikan tugasan khusus untuk mereka membela kes-kes peneroka. Isu hak milik tanah dan hutang peneroka di antara kes yang mereka perjuangkan di mahkamah," katanya.


Tambah beliau, terakhir kali berhubung dengan T Kumar adalah pada bulan lalu dan mendiang sentiasa memberi sumbangan bakti bermakna kepada parti.


"Bulan lepas Kumar datang berjumpa saya untuk kelulusan bertukar keanggotaan ke cabang lamanya Petaling Jaya Selatan. Beliau sering menelefon bertanya khabar. Sesekali singgah di ofis KEADILAN di Merchant Square untuk bersembang perkembangan politik semasa.


"Saya akan mengenang beliau sebagai seorang sahabat yang sangat setia dengan perjuangan dan profesional dalam tugasannya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page