top of page

Takwim persekolahan 2026 kembali bermula pada Januari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 29
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kalendar akademik persekolahan bagi tahun hadapan bakal bermula pada Januari, seperti takwim persekolahan sebelum berlakunya pandemik Covid-19.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember 2026 (negeri Kumpulan A) dan 12 Januari hingga 31 Disember 2026 (negeri Kumpulan B).


"Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib, serta tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.


"Ia hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.


"Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah," katanya dalam satu kenyataan.


Kumpulan A melibatkan sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu dan Kumpulan B di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Labuan dan Putrajaya.

Sesi persekolahan yang bermula pada Mac setiap tahun selepas pandemik Covid-19 mendapat perhatian ibu bapa dan guru sehingga timbul gesaan supaya takwim asal dikembalikan segera.

Langkah KPM mengembalikan takwim persekolahan pada Januari dilihat sebagai penting bagi membolehkan perjalanan sekolah dapat disusun dengan lebih teratur.


Sementara itu kementerian itu memaklumkan, Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page