top of page

Takwim persekolah bermula Januari pada 2026



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (PH - Nibong Tebal) mengumumkan sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) turut merancang untuk memulakan kalendar akademik sesi 2024/2025 seawal Februari 2025.


Justeru tambahnya, dengan pengumuman awal itu beliau berharap semua pihak terbabit akan dapat merancang kewangan dan urusan mereka dengan lebih baik.


"KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan bermula pada Januari seperti sebelum ini...berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.


"Secara tidak langsung perancangan cuti keluarga, kenduri-kendara dan cuti guru seperti yang telah diumumkan dalam 10 prakasa sempena sambutan Hari Guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan ini yang akan diwartakan," katanya.


Fadhlina sebelumnya menjawab soalan Aminolhuda Hasssan (PH - Sri Gading) yang ingin tahu bilakah sesi akademik persekolahan dapat dikembali ke Januari seperti lazimnya sebelum penularan Covid 19.


Sementara itu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KPM sedang dalam proses meneliti keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik persekolahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum dan memenuhi jumlah 190 hari persekolahan yang diperlukan dalam setahun.


Sebarang perubahan kepada kalendar akademik persekolahan juga jelasnya perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, kejadian banjir pada hujung tahun selain memastikan ia tidak mengganggu jadual peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page