top of page

Takkan kerajaan tidak tahu langsung laluan kerjaya seorang doktor?


Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai langkah lebih baik untuk tangani masalah doktor kontrak.


Beliau berkata, tindakan untuk melanjutkan kontrak empat tahun tidak mencukupi.


"Ini menunjukkan yang buat keputusan tidak tahu laluan kerjaya untuk pakar. Empat tahun tempoh minimum untuk master of medicine, lepas itu tempoh untuk gazettement, jadi ini tidak cukup dan sila kaji semula.


"Takkan tak ada seorang orang dari kerajaan yang tahu karier untuk pakar? Menteri Kesihatan mesti tahu, Ketua Pengarah Kesihatan mesti tahu, semua doktor di KKM, mesti tahu takkan tak ada yang tanya," katanya di Parlimen.


Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai juga menyifatkan tindakan kerajaan menawarkan lagi kontrak akan menjejaskan minat anak-anak muda dalam bidang kedoktoran.


"Sedang pandemik menggila, golongan profesional teraniaya, bagaimana kita nak jawab kepada anak-anak yang bercita-cita untuk menjadi doktor bahawa bidang ini tidak menjanjikan masa depan? Belajar bertahun-tahun dan menjadi hero pandemik namun disampahkan begitu sahaja," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page