top of page

'Takiyuddin, Pas sepatutnya pertahan PM diancam kuasa Barat'



Persendaan terhadap ugutan yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pemimpin Barat dalam isu membela rakyat Palestin tidak seharusnya berlaku.


Sehubungan itu, Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, Fakharuddin Moslim menempelak ucapan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di parlimen semalam yang menyifatkan tekanan diterima oleh PM daripada sebagai lucu dan pelik.


Katanya, sebagai pemimpin gerakan Islam, Takiyuddin sewajarnya memihak mempertahankan Anwar yang membela umat Islam Palestin, bukannya mempersendakan beliau.


"Sebagai pemimpin kanan Pas yang juga merupakan anggota parlimen Malaysia, seharusnya Takiyuddin Hassan memberikan dokongan penuh dan sedia mempertahankan PM jika Perdana Menteri Malaysia diancam oleh mana-mana pemimpin dunia Barat.


"Isu Palestin memerlukan rakyat Malaysia merentas segala fahaman politik untuk bersatu hati, menyeru masyarakat antarabangsa mengutuk, mengecam dan seterusnya mengambil tindakan terhadap segala kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.


"Pas sepatutnya menggunakan ruang ini untuk menzahirkan kebersamaan dan kesepakatan tanda solidariti kepada warga Palestin yang ditindas oleh regim zionis Israel.


"Dalam saat genting yang dihadapi oleh warga Palestin, Pas sepatutnya berhenti untuk bermain politik dan menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata dalam kenyataan.

Fakharuddin Moslim

Fakharuddin membidas sikap Pas yang tidak berubah sejak berdekad lamanya, menganggap hanya parti itu yang layak berbicara persoalan Islam mahu pun membela rakyat Palestin.


Tegas Pengarah Biro Antarabangsa Angkatan Muda Keadilan itu, Pas seharusnya menghormati PM yang berani menyuarakan pendapat beliau di arena antarabangasa yang tidak mampu dilakukan pemimpin Pas ketika mereka memerintah selama 3 tahun sebelum ini.


"Datuk Seri Anwar menerusi kenyataan negara sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, pada 22 September lalu telah mengetengahkan hipokrasi negara Barat dalam menangani isu Palestin. PM menyelar negara Barat sebagai munafik, hipokrit dalam isu Palestin.


"PM juga menyeru usaha pelbagai hala yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan semua konflik dan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia masa ini.


"Ketika Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh pula PM menggunakan platform itu untuk membangkitkan isu Palestin, menggesa masyarakat antarabangsa menamatkan pencerobohan berterusan Israel terhadap Palestin," ujarnya.


Fakharuddin menambah, Anwar tidak berhenti hanya di persidangan antarabangsa tetapi mengunjungi negara negara Islam dan membincangkan peranan yang boleh dimainkan bersama untuk mencari perdamaian di Asia Barat.


Termasuk, katanya, bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Persiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istanbul dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah.


"Peranan Datuk Seri Anwar dalam memperjuangkan isu Palestin bukanlah semata-mata omong kosong, atau retorik, tetapi dizahirkan oleh inisiatif beliau menyuarakan pandangan di peringkat serantau dan antarabangsa.


"Maka tidak mustahil, inisiatif yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar itu mendapat tentangan pimpinan politik dunia Barat (yang pro Israel)," katanya.


Justeru, Fakharuddin menyeru agar Takiyuddin merendahkan egonya dan terima hakikat bahawa perjuangan Datuk Seri Anwar berkenaan isu Palestin lebih terkehadapan dan signifikan, jauh lebih berkesan daripada mantan duta khas ke Timur Tengah yang menjadi sekutu Takiyuddin ketika menjadi kerajaan pada 2020 - 2022 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page