Takaful dan Kebajikan Untuk OKU




Oleh : Dr. Bam Al-Haj


ULASAN: Hampir tiada perlindungan takaful bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia, kecuali oleh Agrobank. Itupun, "coverage"nya terlalu kecil.


Sebagai OKU, saya amat sedih dengan nasib rakan-rakan yang dinafikan hak untuk mendapat perlindungan seperti orang lain yang bukan OKU.


Nampaknya syarikat insurans dan takaful hanya mementingkan keuntungan. Saya difahamkan ada syarikat insurans dan takaful yang untung besar sehingga ratusan juta setiap tahun.


Apa salahnya golongan OKU diberikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) supaya nasib mereka terbela.


Orang politik bela OKU secara touch n go


Kebanyakan orang politik pula bantu OKU secara "touch n go", sekadar jangan dikata tidak bantu langsung. Jarang sekali pemimpin politik bicara soal OKU. Mereka lebih sibuk mengejar jawatan dan berebut kuasa.


Saya lihat Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mewakili OKU di Dewan Negara juga tidak berperanan dengan berkesan dalam membela nasib golongan ini.


Jumlah OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih rendah, iaitu 587,608 daripada anggaran 4.8 juta populasi OKU di negara ini.


Mengapa tunggu OKU terhegeh-hegeh datang untuk daftar? Menteri, pemimpin politik, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan patut prihatin dan turun padang. Cari dan daftarkan OKU dengan segera. Pangkalan data OKU sepatutnya sudah lengkap.


Takkan hanya 12% sahaja yang dibantu, 4.2 juta lagi diabaikan.


Memang ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PERKESO tetapi ia belum memadai.


Perkasakan Majlis Kebangsaan Bagi OKU


Kerajaan harus ambil serius nasib OKU yang belum terbela sepenuhnya. Saya cadangkan supaya Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) diperkasakan dengan perlantikan di peringkat negeri dan parlimen, di samping perlunya Akta OKU Negara 2008 benar-benar dilaksanakan supaya nasib OKU benar-benar terbela.


Untuk survival OKU pasca pandemik ketika ini memang perit. Ramai OKU berpendapatan di bawah RM2,000 (itupun setelah ditambah dengan bantuan JKM).


Merekalah yang benar-benar memerlukan bantuan, sokongan dan kerjasama semua pihak. Kita perlukan sebuah negara berkebajikan dan adil untuk semua.


Saya mohon Menteri Kewangan berilah bajet tambahan untuk OKU, sekurang-nya peruntukkan RM10 bilion bagi menjaga kebajikan mereka, terutama untuk sara hidup dan kos rawatan.


Berilah peluang kepada OKU. Kami pun nak hidup juga!


Saya seru semua OKU bangkit. Suarakan nasib kita pada Pilihan Raya Umum ke 15 ini. 4.8 juta OKU bukan jumlah yang kecil. Kita boleh jadi penentu pembentukan kerajaan.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Penasihat Koperasi MyOKU Selangor Berhad

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER