Kelantangan Presiden Perjuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerang pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membandingkan kepimpinan bapanya mengemudi PH tidak perlu diberi perhatian.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, pengundi di Johor muak dan jelak mendengar ahli ahli politik bertelingkah.
Katanya dalam keadaan pasca pandemik, pengundi lebih berminat kepada pihak yang mahu mambantu mereka membina semula kehidupan rakyat.
"Mukhriz bandingkan Anwar dengan bapanya Mahathir dalam soal memimpin PH. Anwar dikatakan gagal manakala bapanya Mahathir berjaya.
"Apakah Anwar atau KEADILAN perlu menjawab dan menyerang balas komen Mukhriz itu? Saya fikir tak payahlah.
"Tak perlu. Pengundi di Johor tak suka lihat ahli ahli politik berkelahi," katanya.
Tegas hassan, pengundi Johor lebih menghargai pemimpin yang memberi penyelesaian masalah berbanding yang berucap retorik politik semata mata.
Katanya, ahli politik dilantik untuk menyelesaikan isu rakyat bukan menambah beban orang bawahan memikirkan mengenai pentadbiran negara.
"Para pengundi nak dengar apa yang orang-orang politik akan buat untuk bantu rakyat yang tengah susah sekarang. Biarkanlah Mukhriz lebih garang menyerang Anwar daripada menyerang pemimpin BN dan PN.
"Anwar dan KEADILAN khususnya elok tumpukan sahaja kempen isu-isu rakyat seperti mengemukakan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Itu lebih bererti kepada pengundi," katanya lagi.
Comments