'Tak jadi calon, pemimpin BN lompat PN, politik apa ini?'
- Suara Keadilan
- Nov 5, 2022
- 2 min read

Pengundi di parlimen Tambun dan seluruh negara diseru menolak cara berpolitik pemimpin BN dan PN yang melompat sesuka hati apabila tidak diangkat menjadi calon.
Meskipun tidak terikat kepada akta anti lompat parti kerana masing masing tidak lagi bergelar anggota parlimen tetapi perbuatan melompat ke parti lain apabila digugur sebagai calon adalah khianat dan dikutuk.
"Bila BN tak terima jadi calon lompat parti PN. Bila PN tak bagi jadi calon lompat ke BN. Politik apa ni?
"Selamanya (pemimpin Pas kata) mendaulatkan Islam. Inilah satu satunya (parti Islam tetapi) ... lompat. Begitu juga, hidup Melayu, tak dapat (jadi calon), Allahuakbar (masuk Pas).
"Ini Shahidan Kassim. Ikut Pas Shahidan itu jauh lebih layak daripada Nik Abduh (digugurkan) dan Nik Omar anak Tok Guru Nik Aziz. Ikut Pas Shahidan lebih baik dari anak Tok Guru. Kita boleh dengar (hujah mereka), tetapi kena fikir.
"Kalau tanya saya, betul saya nak tubuh kerajaan. Tetapi lantik Anwar untuk apa? Untuk bawa perubahan di negara kita supaya nasib rakyat terbela. Hentikan rasuah dan penyelewengan. Ini tujuan kita," katanya dalam ceramah memperkenalkan diri di Klebang Restu, Tambun tengah hari tadi.

Menurut Anwar, perjuangan Pakatan Harapan adalah untuk mengangkat masalah rakyat ke peringkat tertinggi dan menyelesaikannya.
PH, katanya tidak berminat untuk terlibat dengan politik pentingkan diri atau remeh temeh isu perkauman.
"Kita bila pilihan raya isu apa kita nak bangkit? Bukan isu 'ayor ke ayaq'. Tapi isu rakyat.
"Harga barang naik, gaji tak naik. Jadi ini masalah pimpinan negara kena ambil tahu. Yang terkesan orang Melayu. Harga ayam naik, adakah orang India tak terkesan? Ayam India naik, ayam Melayu tak naik? Boleh ke?
"Telur tak ada. Cina beli pun tak ada. Jadi saya tak setuju gaduh soal kaum. Yang susah orang bawah.
"Sengaja dilagakan kita supaya kita gaduh tetapi dia sakau (curi)," katanya.
Justeru, Anwar mahu pengundi di Tambun memberi laluan kepadanya untuk membantu mereka dan meningkatkan taraf hidup dengan menukar wakil rakyat sedia ada kepada wakil PH.
"Saya tawar diri untuk bersama masyarakat Tambun untuk beri ransangan di sini dan negeri Perak dari segi ekonomi dan sosial.
"Saya harap kawan di Tambun bagilah laluan. Ada orang sebut inilah masa nak matikan karier politik Anwar, kalahkan di Tambun. Jangan lah niat macam tu.
"Kita ikhtiar dan tawakal alallah," katanya lagi.
Datuk Seri Anwar mengadapi persaingan 4 penjuru di Tambun menentang Ahmad Faizal Azumu (PN), Abd Rahim Tahir (Pejuang) dan Aminuddin Hanafiah (BN).
Comments