top of page

KBS sedia dana, galak belia anjur program berkaitan ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini giat bekerjasama dengan beberapa kementerian lain bagi memastikan golongan belia diberi peluang luas untuk menganjurkan pelbagai program sempena penganjuran acara berkaitan ASEAN di Malaysia.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, pelbagai bentuk inisiatif seperti pentas wacana, forum, dialog dan program komuniti yang dianjurkan oleh anak-anak muda akan disokong menerusi dana yang disediakan.


Kata Adam, bukan sahaja pendanaan oleh KBS, malah turut melibatkan kementerian lain seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).


"Dua tiga Kementerian sebenarnya sekarang sedang bergerak bersama untuk pastikan bahawa bila anak-anak muda golongan belia ini nak lancarkan sesuatu, nak anjurkan sesuatu.


"Pentas dialog, forum dan sebagainya sempena ASEAN ini, ada dana-dana yang boleh digunakan. Kementerian Belia dan Sukan memang kita ada dana untuk kepengerusianASEAN.


"Cuma perlu datangkan dengan proposal. Begitu juga dengan Kementerian Ekonomi Kementerian KPKT. NRES (Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam)," kata Adam kepada Suara Keadilan.


Kata Adam, setakat ini sekurang-kurangnya empat pertubuhan belia dari pelbagai negeri telah tampil dengan cadangan penganjuran program, termasuk di Sarawak, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Tambah beliau, program-program tersebut boleh dianjurkan di mana-mana dan KBS membuka platform seluasnya selain membuat persediaan rapi untuk memastikan penglibatan belia dalam penganjuran aktiviti ASEAN terus diberi sokongan.


Justeru, KBS menggesa mana-mana kumpulan atau organisasi belia yang berminat agar tampil dengan cadangan mereka bagi memanfaatkan peluang ini yang bukan sahaja membina kapasiti anak muda, tetapi juga mengangkat suara belia di peringkat serantau.


"Hampir setiap kementerian ada dana yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia. Ikut tajuk. Kalau kita nak cakap pasal SDG, Sustainable Development Goals. Kalau kita nak cakap tentang sukan dan sebagainya.


"Ikut kementerian mana. Memang ada persediaan rapi dan memang ada platform yang sedang dibuka kepada orang ramai di luar sana," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page