top of page

'Belum putus bertanding Timbalan Presiden, pertimbang, istikharah'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Berbaki tiga hari sebelum tarikh tutup pencalonan jawatan tinggi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih mempertimbangkan keputusan sama ada untuk bersaing dalam Pemilihan KEADILAN 2025.


Menurut beliau, pelbagai faktor perlu dihitung sebelum membuat keputusan muktamad.


"InsyaAllah, pengumuman rasmi akan saya buat dalam tempoh yang munasabah.


"Saya juga telah menamatkan hampir keseluruhan proses perbincangan dengan pelbagai pihak dalam parti, termasuk sesi panjang bersama Rafizi dan beberapa pertemuan bersama Presiden, Datuk Seri Anwar.


"Proses ini penting sebelum saya membuat sebarang keputusan berkaitan pemilihan parti.


"Namun sebagai orang lama dalam parti, saya lebih banyak melalui episod kekalahan berbanding kemenangan, tetapi satu perkara yang tetap utuh dalam diri adalah khidmat kepada parti tidak harus bersyarat kepada kedudukan," katanya dalam muat naik di Facebook.


Sebarang keputusan untuk bertanding juga, katanya, adalah bagi memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16, selewatnya dua tahun dari sekarang.


Justeru ujarnya, pemilihan parti kali ini seharusnya menjadi medan penyatuan dan pengukuhan, bukannya gelanggang perpecahan.


"Parti yang bersatu akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diposisikan semula sebagai Perdana Menteri (PM) untuk penggal kedua.


"Saya menyokong penuh proses pemilihan parti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Ini adalah ruang demokrasi dalaman yang wajib kita hargai dan raikan. Dalam masa empat hari yang berbaki sebelum tarikh tutup pencalonan, saya akan terus membuat pertimbangan terbaik dengan tawakal dan istikharah," katanya.


Tegas Saifuddin, kalau atau menang bukanlah keutaman beliau. Sebagai orang lama parti, beliau berazam untuk mengukuhkan parti dan mendapatkan lebih banyak kemenangan buat KEADILAN dalam PRU berikutnya.


"Kalah atau menang bukan penentu semangat perjuangan saya. Keberadaan saya dalam parti ini sejak awal adalah untuk memperkukuh dan memperkuatkan KEADILAN," ujarnya yang juga mantan Setiausaha Agung KEADILAN.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page