top of page

Premium insurans: Warga emas perlu dilindungi, bukan dimangsai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengecam kenaikan mendadak premium insurans berdasarkan faktor umur kerana mengakibatkan beban kewangan yang amat berat kepada warga emas.


Secara logiknya beliau berkata, pemegang polisi hanya menjadi satu hari lebih tua selepas ulang tahun kelahiran, namun premium insurans mereka boleh meningkat sebanyak 40% sehingga 50%, hanya kerana melangkah ke 'bracket' atau kategori umur baharu.


"Ini tidak masuk akal, syarikat insurans menawarkan pelan murah ketika pelanggan masih muda, namun menaikkan premium secara mendadak apabila mereka mencapai usia 60 tahun ke atas dengan alasan 'age bracket'.


"Lebih membimbangkan, kenaikan ini berlaku ketika individu telah bersara, tiada lagi pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


"Akhirnya, warga emas dipaksa membuat pilihan yang kejam iaitu membayar premium yang terlalu tinggi atau lepaskan perlindungan yang telah dikekalkan selama puluhan tahun.


"Sistem ini jelas memangsakan golongan pesara. Mereka yang telah setia mencarum berdekad lamanya, kini menjadi mangsa hanya kerana mereka telah menjadi tua," katanya yang mengecam hal itu menerusi satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Tze Tzin turut memberi contoh kes seorang pemegang polisi berusia 61 tahun yang mengadu telah menerima notis kenaikan premium insurans sebanyak RM3,023 atas alasan ‘beralih ke kategori umur seterusnya’.


"Menurut emel daripada syarikat insurans, kenaikan sebanyak RM3,929 adalah hasil daripada peralihan ke kategori umur seterusnya iaitu RM3,023, dan penetapan semula harga perubatan iaitu RM906.


"Seorang lagi pemegang polisi berumur 65 tahun yang membeli pelan pada 2008 pula diberitahu bahawa premium akan meningkat kepada RM4,099 pada tahun depan, iaitu peningkatan 45% kerana faktor kategori umur," katanya lagi.


Sehubungan itu, Sim menyeru Bank Negara (BNM) untuk melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap mekanisme penetapan harga premium insurans, khususnya berkaitan ‘age bracket’ yang mendadak.


Beliau menyifatkan, warga emas perlu dilindungi dan bukannya dimangsakan, malah sudah tiba masanya industri insurans meletakkan keadilan dan kemanusiaan sebagai prinsip utama, bukan hanya keuntungan semata-mata.


"Saya mengalu-alukan usaha awal BNM untuk mereformasikan industri insurans dan takaful perubatan, namun lebih banyak perlu dilakukan.


"Isu ‘age bracket’ ini mesti dikaji semula secara menyeluruh," seru beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page