Tahun Baharu Cina yang merupakan Tahun Naga pada kali ini diharap akan mencipta lebih banyak kejayaan kepada masyarakat Tiong Hua di Malaysia.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam ucapan tahun baharunya.
"Permulaan baru kitaran kalendar lunar Cina kali ini menandakan ketibaan Tahun Naga. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, naga menjadi simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan, dan keberuntungan.
"Dengan memeluk semangat kedatangan Tahun Naga, saya mengharap kita sentiasa bersemangat mencipta kejayaan dan memiliki keberanian yang gagah seumpama naga," katanya.
Kepada masyarakat yang memerlukan bantuan, kerajaan Selangor menjelang tahun baharu, kata Amirudin, telah menyediakan baucar membeli-belah sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
"Saya harap usaha ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam perayaan kali ini.
"Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tiong Hua. Moga kita semua dilimpahi kebahagiaan dan kemakmuran," katanya lagi.
コメント