top of page

'Tahun lepas banjir tanpa PRU pun mangsa berjam jam duduk tunggu diselamatkan'



Pemimpin Umno BN yang teruja mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) meredah banjir seharusnya memikirkan secara rasional mengenai keselamatan rakyat.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, banjir pada tahun lepas yang mana tidak diadakan PRU pun mangsa terpaksa menunggu berjam jam di atas bumbung untuk diselamatkan kerana kekurangan petugas.


Apatah lagi, katanya, jika pasukan keselamatan kali ini terpaksa dibahagi dua antara tugas menyelamatkan mangsa dan mengawasi pilihan raya.


"Umno kata mereka sanggup redah banjir kalau PRU sekarang. Saya nak bagi tahu Zahid, kau nak redah banjir ke, hujan ke itu kau punya pasal. Jangan susahkan kita.


"Nak adakan PRU libatkan semua orang, dan kita tahu banjir tahun lepas ada mangsa tidak dapat makanan. Makanan ada tetapi agensi kerajaan tak cukup tenaga agihkan.


"Ada mangsa duduk atas bumbung surau, rumah berjam jam untuk agensi datang ambil mereka hantar ke PPS.


"Kenapa macam itu? Sebab tak cukup tenaga kerja. Cuba bayangkan sekarang bubar Parlimen, bulan November adakan PRU, apakah agensi kita boleh menanggung kerja menyelamat, pada masa sama menanggung kerja PRU?


"Kita kena utamakan nyawa rakyat. Umno tak peduli mati hidup rakyat," katanya.


Ahli Parlimen Tanjung Malim itu juga menempelak Zahid dan Umno kerana mereka hanya mempunyai 38 Ahli Parlimen tetapi berlagak seolah olah memiliki majoriti.


"KEADILAN ada 36 Ahli Parlimen tak jauh beza


"Dia (Zahid) nak selamat diri sendiri supaya kalau Umno menang besar dalam PRU akan datang dia boleh diselamatkan," katanya.


Selain itu, Lih Kang juga mahu rakyat berfikir mengenai rasuah yang semakin bermaharajalela ketika ini.


Kalau dahulu, katanya, beli kapal selam ada komisyen tetapi kapal selam boleh dilihat dan bergerak tetapi kali ini tempah kapal dan bayar RM6 bilion satu pun tidak disiapkan.


"Ini menunjukan rasuah negara kita sudah parah. Kalau benarkan Umno BN perintah lagi maka negara kita akan bankrap. Dia tak peduli hidup mati rakyat.


"Tahun depan ekonomi akan teruk sebab nilai ringgit menyusut. RM4.65 untuk 1 dollar Amerika Syarikat. Kalau keadaan berterusan memang negara kita hadapi masalah," katanya.


Justeru, Lih Kang menyeru agar rakyat memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah.


PH, katanya akan mampu membentuk kerajaan yang stabil berbanding Umno, Bersatu dan Pas yang saling bercakaran.


"PRU akan datang saya minta kita pikir untuk generasi akan datang. Anak kita, cucu kita. PRU akan datang kita kena cari gabungan politik stabil.


"Sekarang Umno gaduh Bersatu, Pas gaduh Umno. Saya merayu bagi peluang kepada PH sebab kita ada buktikan di Selangor, Negeri Sembilan. Semua negeri ini stabil dan rakyat dapat manfaat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page