top of page

Tahun harimau: Semoga bangkit nyahkan rasuah, penyelewengan



Tahun Baharu Cina yang jatuh pada tahun harimau kali ini diharapkan mampu memberi kekuatan semangat kepada raakyat Malaysia melawan rasuah dan penyelewengan yang sedang berleluasa.


Dalam perutusan Tahun Baharu Cina Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengharapkan tahun harimau ini akan mengembalikan maruah rakyat menolak kebatilan dan memilih pemerintah yang berwibawa mentadbir negara.


"Mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah tahun Harimau. Saya juga dilahirkan pada tahun Harimau ini, yang membawa maksud tidak takut, mulia dan penuh semangat.


"Bersesuaian dengan sifat Harimau, dengan pelbagai isu dan bencana yang melanda negara kita baru-baru ini, semoga kita semua bangkit dari pandemik, komited menghapuskan rasuah kerana rasuah dan penyelewengan merupakan punca kelemahan ekonomi negara," katanya.


Di samping itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga mengingatkan etnik Tionghua yang meraikan tahun baharu agar sentiasa menjaga keselamatan diri dengan mengutamakan Prosedur Standard Operasi bagi menghindari Covid 19.


"Kita mesti terus mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) ketika meraikan sambutan Tahun Baru Cina apatah lagi semasa negara masih mencatat kes yang tinggi dan pelbagai jenis varian baru.


"Walau apa juga keadaan yang kita hadapi sekarang ini, kita perlu sentiasa bersama, dan berwaspada dengan mengutamakan keselamatan sebagai fokus utama, kerana ia adalah usaha terbaik untuk menjadikan negara kita lebih selamat semasa pandemik Covid-19," katanya.


Tidak lupa kepada masyarakat Tionghua di Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul juga telah menyumbang sedikit bantuan kepada mereka dalam persiapan meraikan tahun baharu.


"Sebagai Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu pengundi-pengundi saya dalam persiapan menyambut perayaan ini.


"Aktiviti pemberian cenderahati buat penduduk Cina di kawasan saya telah dijalankan sejak seminggu yang lepas lagi. Saya juga telah mengambil inisiatif untuk menyumbang sedikit perbelanjaan di Toh Kong Cai Sheng Tian dan Toh Kong Wu Sheng Kong.

"Harapan saya semoga sumbangan ini dapat digunakan dan memberi manfaat kepada komuniti cina di Hang Tuah Jaya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page