top of page

Tahun baharu ke arah kemakmuran sarawak - Roland Engan



Tahun baharu 2024 diharap akan membawa lebih kemakmuran bagi negeri Sarawak yang bakal dibangunkan secara lebih giat dan bersepadu.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, tahun 2024 seharusnya menjadi tahun yang menguatkan lagi tekad pemimpin Persekutuan dan negeri dalam membawa perubahan dan memperbaiki keadaan sosio ekonomi serta memberi keadilan kepada semua.


"Negara kita ini diberkati dengan pemimpin dan rakyat yang berwawasan, setia, ikhlas serta berkebolehan. Kerjasama antara pimpinan dan rakyat merupakan landasan pertumbuhan yang berterusan.


"IGC, MA63, Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri, Akta, Enakmen dan Ordinan, Undang-undang kecil, Arahan Menteri dan sebagainya menjadi tunjang keluhuran dan memastikan negara kita kekal sejahtera.


"Dengan ini, bersama kita melangkah ke fasa baru tahun 2024 dengan melakar sejarah baru meneruskan pekerjaan mulia yang melangkaui keterbatasan tahun-tahun sebelumnya.


"Inilah keyakinan kita, iaitu keadilan pasti mengalahkan ketidakadilan, kebenaran pasti mengalahkan kesalahan, kebaikan pasti mengalahkan kejahatan dan kejujuran pasti mengalahkan kecurangan.


"Dengan keyakinan ini, kita pasti menyaksikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang melangkaui keterbatasan (wilayah) dengan segera pada tahun 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.


Roland Engan berharap pada 2024 Kerajaan Negeri akan lebih baik dalam tatakelola dan lebih banyak projek kecil akan dibina untuk manfaat rakyat terutama di kawasan pedalaman.


Begitu juga, katanya, dalam meneroka kerjasama pertumbuhan baharu di Indonesia sebaik sahaja ibu negara baharunya di Kalimantan siap.


"Bagi KEADILAN Sarawak, berbekalkan keyakinan untuk bergerak melangkaui keterbatasan ini, dengan tujuan serta matlamat perjuangan yang jelas dan dengan semangat kecemerlangan yang berkobar-kobar, maka KEADILAN Sarawak yakin pembaharuan menyeluruh dapat dilaksanakan segera bermula dengan kepatuhan Kerajaan Sarawak sepenuhnya pada piawaian tatakelola yang baik yang digariskan dalam Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan, Cetak Biru Pembangunan Sarawak untuk pendapatan tinggi dan mampan.


"Pemerkasaan (taraf hidup) rakyat dan pembangunan yang menyeluruh merangkumi kawasan pesisir pantai, bandar, pekan, pedalaman dan sempadan Sarawak bersama Kalimantan Indonesia juga akan dapat dilakukan dengan baik," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page