Tahun Baharu Cina tonjolkan semangat kepelbagaian dalam KEADILAN


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menganggap sambutan Tahun Baharu Cina 2021 menonjolkan semangat kepelbagaian dalam KEADILAN serta Pakatan Harapan (PH).


Selaku Pengarah Program Rumah Tahun Baru Cina KEADILAN 2021, beliau dapat melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua wakil pimpinan parti untuk bersama-sama memberikan ucapan tahun baru walaupun terpaksa dilakukan secara atas talian.


"Keunikan program ini dibuat secara live, dengan semua pimpinan turut serta dalam program ini, semua mahu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia.


"Ini semangat kepelbagaian yang berada dalam KEADILAN dan PH," katanya.


Disebabkan semangat kebersamaan itulah, Tze Tzin menganggap ia sebagai kunci kejayaan yang diperoleh KEADILAN selama ini.


"Kami parti pelbagai bangsa, kami memahami semua kaum dan agama, aspirasi semua rakyat Malaysia.


"Itu sebab kami boleh memimpin negeri majmuk seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dengan lebih berjaya.


"KEADILAN sentiasa komited dengan perpaduan pelbagai bangsa, agama dan kesederhanaan dengan semangat reformasi dan idealisme yang kental.


"Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memimpin Malaysia dengan lebih berjaya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER