top of page

Tahun Baharu Cina: Refleksi wanita muda di musim PKP



Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kunjungan ke rumah saudara mara dan sahabat handai.


Bagi pemimpin Kaukus Srikandi KEADILAN, Raiyan Abdul Rahim, meskipun 'terkurung' di rumah dengan perasaan bosan, khuatir dan kecewa namun anak muda melihat kedatangan tahun baharu membawa aura positif.


Katanya aura tahun baharu memungkinkan mereka untuk memikirkan betapa mencabarnya tahun yang sudah berlalu, dan apa yang diharapkan untuk tahun yang akan datang.


"Bagi saya, beberapa hari ini dipenuhi dengan program bersama Srikandi KEADILAN, iaitu sayap wanita muda dalam Parti Keadilan Rakyat.

"Kami meraikan kepelbagaian dengan mengadakan program sempena Tahun Baru Cina, seperti Kelas Mandarin secara atas talian untuk tujuh negeri termasuk Sabah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan


"Kami menganjurkan edaran limau mandarin di Kelantan dan Wilayah Persekutuan kerana dalam tradisi Cina, buah itu melambangkan kekayaan. Srikandi Keadilan juga menganjurkan program Back-to-School di Melaka. Semua program kami mempunyai tujuan yang sama; untuk meningkatkan kasih sayang, keprihatinan dan keharmonian sesama kita," katanya.


Walaupun Srikandi KEADILAN, menurut Raiyan adalah sebahagian daripada parti politik namun keutamaan sayap itu adalah kebajikan dan pembangunan diri, tidak kira sama ada wanita muda tersebut adalah anggota parti atau sebaliknya.


"Kita mahu semua wanita muda di Malaysia mendapat sokongan sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya, kesihatan, ataupun perniagaaan. Penting juga untuk wanita mendapat sokongan supaya boleh bersuara, aktif dalam politik dan memegang jawatan kepimpinan," katanya.


Bagi beliau, perkembangan terbaharu pengumuman melanjutkan PKP mungkin menambah kekecewaan anak muda namun mereka perlu dibantu untuk memulihkan harapan dan kerjaya selepas ini.


"Pengumuman terbaru untuk melanjutkan PKP membawa kekecewaan kepada kita. Justeru, saya berharap wanita muda akan dibantu sehingga kembali pulih, termasuklah dari segi fizikal, emosi dan kewangan.


"Srikandi KEADILAN akan terus mengadakan inisiatif dan mengatur program untuk membantu wanita muda pulih pasca PKP. Kami akan memastikan wanita muda bukan sahaja disokong dalam semua bidang, tetapi juga diberdayakan," katanya lagi


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page