top of page

Tahun 2023 azam selesai masalah rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 1, 2023
  • 1 min read


Azam tahun baharu merupakan perkara wajib apabila menyambut penggantian tahun.


Bagi Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil, beliau berazam untuk menyelesaikan permasalahan rakyat sama ada yang baharu atau lama pada tahun ini.


"Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai pengalaman dan pengajaran sepanjang tahun lalu semestinya mendewasakan serta mematangkan, dan saya amat bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurnia-Nya.


"Tahun 2023 ini bakal menjadi tahun yang cukup mencabar terutama dari segi ekonomi. Tetapi dengan rencana, dasar, dan fokus Kerajaan Perpaduan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi, saya pasti Malaysia akan berjaya.


"Semoga kehadiran tahun baharu ini akan memberi lebih banyak kebahagian dan kejayaan buat kita semua, InshaAllah," katanya.


Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page