top of page

Tahun 2021 tahun kebangkitan - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap tahun baharu 2021 dijadikan sebagai tahun kebangkitan dan tahun untuk melakukan perubahan.


Presiden KEADILAN itu akui tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran tetapi tahun 2021 memberi peluang untuk berubah.


"Meski tahun 2020 adalah tahun yang amat menyulitkan buat semua, mari bersama kita melangkah ke tahun baru 2021 dengan iltizam dan keazaman yang jitu dalam memungkinkan perubahan.


"Perubahan tidak mampu tercapai tanpa sikap yang jelas menolak perkauman, rasuah dan kebejatan," katanya.


Pada masa sama, Anwar juga berharap ekonomi pulih supaya rakyat dapat hidup dengan sejahtera pada tahun ini.


"Saya doakan negara ini terus aman dan toleran, rakyatnya terus hidupkan kerukunan dan ekonominya kembali mengukuh.


"Bersama kita menyemangati 2021 dengan usaha dan doa agar negara ini kembali bangkit dan gagah. Selamat Tahun Baru 2021," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page