top of page

Tahun 2021 13,000 jadi mangsa penipuan atas talian, RM427 Juta lesap, kerajaan buat apa?



Sindiket penipuan kewangan atas talian (scammers) yang berleluasa telah 'melesapkan' lebih setengah bilion wang mangsa dalam tempoh 4 tahun terakhir.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, bagi tempoh 2017 hingga 2021 purata sebanyak 20,000 orang menjadi mangsa penipuan setiap tahun dengan jumlah kerugian RM660 juta.


"Manakala dari Januari hingga hujung Julai 2021, dianggarkan lebih 13,000 orang telah menjadi mangsa scammers dan mereka kehilangan lebih RM427 juta.


"Tidak sampai hujung tahun, baru masuk bulan Ogos kita nampak jumlah mangsa scammers mencanak.


"Ini bermaksud bagi tahun ini sahaja secara purata 61 orang menjadi mangsa dengan lebih RM 2 juta dicuri setiap hari," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Dalam sidang media sama, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung mendedahkan kes di mana seorang doktor kehilangan RM13,000 duit simpanan bank dalam beberapa minit dan seorang penjawat awam kehilangan RM1.3 juta wangnya.


Bagi Fahmi, sindiket penipuan kewangan atas talian yang didedahkan itu bukan lagi jenayah kecil tetapi telah menjadi musibah besar yang melanda negara.


"Cuma yang merisaukan, jenayah scammer ini tiada kesudahan dan gagal ditangani oleh kerajaan. Modus operadi scammers ini beroperasi lebih kurang sama. Mereka menyamar memberi tekanan kepada mangsa untuk mendapatkan OTP bank dan dalam masa sangat singkat berjaya mencuri jumlah begitu besar.


"Soalan mudah, jika modus operadi scammer ini hampir sama, iaitu dengan membolos sekuriti dan mencuri duit mangsa, mengapa seakan akan tiada tindakan yang berkesan sama ada dari bank komersial, Persatuan Bank bank Dalam Malaysia (ABM), Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBIM), mahu pun kerajaan untuk menggagalkan atau meranapkan modus operandi scammers ini


"Jika OTP yang menjadi kunci scammers menyalah gunakan mengapa pihak ABM, ABIM dan BNM tidak mengarahkan penggunaan sistem pengesahan yang lebih selamat. Mengapa tidak ditangguhkan penggunaan OTP atau ditukar kepada sistem pengesahan yang lebih baik, terutama bagi transaksi besar.


"Malah ramai yang mengadu kenapa bank komersial tidak menghubungi mereka untuk membuat pengesahan bahawa jumlah yang besar sedang dipindahkan," katanya.


Justeru Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggesa Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri Dalam Negeri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Parlimen dan undang undang untuk segera mengusahakan satu tindakan yang dapat menghapuskan scammers tersebut.


Sistem keselamatan perbankan dalam talian, katanya wajib dirombak segera termasuk melaksakan sistem pengesahan dwifaktor dan pengesahan nombor international mobile equipment identity yang khusus bagi setiap peranti yang digunakan, terutama bagi transaksi ganjil yang di luar dari kebiasaan transaksi perbankan online.


Beliau juga merujuk penggunaan akaun emel dan sebagainya jika dilakukan pada peranti berlainan maka syarikat penyedia perkhidmatan akan membuat pemberitahuan kepada pemilik nombor telefon asal, mengapakah pihak bank yang menjaga wang pelanggan tidak melakukan hal seperti itu.


"Dalam hal ini BNM perlu lakukan sesuatu. Misteri utama sehingga ke hari ini kita tidak dengar sindiket dan kepala scammer dihumban ke penjara. Kita tidak mahu ikan bilis atau kaldai akaun sahaja yang kena. Bila saya tanya Menteri Dalam Negeri beliau tidak jawab, dan tidak ada jawapan susulan secara bertulis.


"Kita mahu ikan jerung ditangkap dan dihumban ke dalam penjara. Kita lihat dalam kes SRC dan 1MDB sebenarnya mudah untuk pihak berkuasa menjejak aliran wang dari satu akaun ke satu akaun dan siapa yang akhirnya mengeluarkan duit.


"Kita boleh tahu siapa yang keluarkan duit. Macam mana duit itu keluar dari sistem. Tak kan (dalam hal penipuan kewangan atas talian) bank tak tahu. Mereka yang akhirnya mengeluarkan duit itu, mereka itulah yang perlu dibawa ke mahkamah," katanya.


Sehubungan itu, Fahmi mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bertindak dalam Pakatan Harapan untuk menangani sindiket penipuan kewangan atas talian berkenaan.


"Bagi KEADILAN, saya akan usulkan pembentukan satu jawatankuasa bertindak, jihad menentang scammers yang akan melibatkan parti parti dalam PH, yang melibatkan mangsa scammers termasuk mempertimbang tindakan undang undang selain mencadangkan reformasi institusi," katanya lagi.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page