top of page

Tahniah kepimpinan baharu KEADILAN, kukuhkan kerjasama dalam PH - Anthony Loke



Kepimpinan baharu KEADILAN diharap akan membawa perpaduan dan kerjasama yang lebih mantap antara parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH)


Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam ucapan tahniah beliau usai Pemilihan KEADILAN 2022.


Menurut Loke, kemunculan kepimpinan baharu pasti akan meningkatkan daya juang anggota KEADILAN menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang amat mencabar.


"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang baru dipilih melalui proses pemilihan parti mereka khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden dan Saudara Rafizi Ramli yang terpilih sebagai Timbalan Presiden.


"Tahniah juga saya ucapkan kepada Naib-naib Presiden KEADILAN yang baru iaitu Datuk Seri Amirudin Shaari, Sdr Chang Lih Kang, Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Seri Aminudin Harun.


"Saya berharap selepas selesainya proses pemilihan KEADILAN maka fokus seterusnya ialah memperkukuhkan kerjasama di antara parti-parti dalam PH untuk menghadapi PRU15," katanya.


Tegas Ahli Parlimen Seremban tersebut, ahli-ahli Majlis Presiden perlu merapatkan saf dan menggembleng seluruh tenaga untuk memenangi semula keyakinan rakyat terhadap perjuangan PH.


Kepimpinan baharu, katanya, diharap akan meningkatkan keyakinan rakyat untuk PH kembali memerintah selepas PRU akan datang.


"Dengan kerjasama yang erat dan semangat berpasukan yang tinggi serta fokus kepada perjuangan rakyat, PH dijangka mampu bangkit semula dalam PRU15," ujarnya.


Selain itu, Loke juga merakamkan penghargaan kepada rakan seperjuangannya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tewas pada pemilihan kali ini.


"Sepanjang saya berkhidmat sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dari tahun 2012 sehingga 2022, kami telah menjalin hubungan kerja yang amat rapat dan kukuh.


"Kami sentiasa memainkan peranan di belakang takbir untuk mengurus dan menyelesaikan apa sahaja isu yang timbul dalam hubungan di antara KEADILAN dan DAP. Hubungan kerja yang rapat ini telah membentuk satu persefahaman dan kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.


"Saya harap beliau akan terus berjuang dan menyumbang tenaga demi keutuhan PH," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page