top of page

Tahniah Erdogan, hubungan Malaysia - Turkiye lebih mantap - Anwar



Perdana Mneteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada sabahat karib dan rakan sejawatannya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan kerana dipilih semula sebagai presiden dalam pilihanraya semalam.


Anwar berharap dengan menjawat semula sebagai ketua kerajaan, hubungan Malaysia - Turkiye akan menjadi lebih erat lagi mantap pada masa hadapan.


"Tahniah kepada sahabat Tuan Yang Terutama Presiden Recep Tayyip Erdoğan kerana berjaya dipilih semula sebagai Presiden Republik Türkiye dalam pilihanraya Presiden yang baru selesai berlangsung.


"Malaysia yakin Türkiye akan terus memainkan peranan yang konstruktif sebagai pemain serantau dan juga di peringkat global.

"Putrajaya dengan penuh harapan menantikan kerjasama yang lebih rapat dengan Ankara menerusi usaha dan upaya kita meningkatkan hubungan dua hala yang sudah terlengkap dengan baik," kata Anwar dalam catatan di Facebook.


Hubungan persahabatan antara Anwar dan Erdogan melewati puluhan tahun sejak usia muda. Kedua duanya pernah dipenjarakan oleh rejim penindas dan menikmati penyudah yang mengkagumkan sebagai pemimpin di Asia dan Eropah.


Erdogan mencatat sejarah istimewa apabila Anwar menangguhkan beberapa minit sidang media pertama beliau selepas dilantik sebagai PM pada pertengahan November lalu untuk menerima ucap tahniah daripada Ketua Kerajaan Turkiye itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page