top of page

Tahanan rumah: Perlu mekanisme perundangan adil, bukan hak eksklusif golongan tertentu

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
38 minutes ago
1 min read
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu

Pelaksanaan tahanan rumah bagi banduan perlu berasaskan satu mekanisme perundangan yang adil dan terbuka kepada semua pihak tanpa mengira kedudukan atau pengaruh, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.


Presiden AMANAH itu berkata, prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak boleh dikompromi atas faktor kedudukan, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan.


Beliau menegaskan, undang-undang mesti dilaksanakan secara adil terhadap semua pihak dan keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu.


"Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat. Undang-undang mesti adil kepada semua.


"Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu.


"Keadilan mesti ditegakkan tanpa diskriminasi, tanpa keistimewaan terpilih dan tanpa layanan dua darjat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Mohamad menggesa agar satu mekanisme perundangan diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan separuh lagi melalui tahanan rumah, tertakluk kepada peraturan yang adil, telus dan terpakai kepada semua.


Oleh itu, beliau menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang-undang dan masyarakat sivil memperjuangkan mekanisme tersebut demi menjamin hak yang saksama kepada semua warganegara.


Sebagai komitmen, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai Menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO yang menggerakkan perjuangan berkenaan.


Beliau bagaimanapun menjelaskan pendiriannya bukan berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan Datuk Seri Najib Razak atau keluarganya, sebaliknya berasaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page