top of page

Tahanan rumah Najib mesti berpandukan undang undang - GRM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
3 hours ago
1 min read
 Setiausaha GRM, Kapten (B) Zulkefly (dua dari kiri) bersama Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor (sebelah) dalam sidang media GRM bersama otai reformis yang membantu kempen PRN Melaka
 Setiausaha GRM, Kapten (B) Zulkefly (dua dari kiri) bersama Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor (sebelah) dalam sidang media GRM bersama otai reformis yang membantu kempen PRN Melaka

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman


Gabungan Reformis Malaysia (GRM) menegaskan komitmennya untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang, memperkukuh demokrasi dan memperjuangkan masa depan Malaysia yang lebih adil serta bermaruah.


Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha GRM, Kapten (B) Zulkefly Othman, menyatakan bahawa sebarang permohonan atau pelaksanaan tahanan di rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, hendaklah berpandukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan keputusan mahkamah yang berkuat kuasa.


"Tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang. Negara hukum mesti ditegakkan," tegas GRM.


Mengulas PRN Melaka 2026, GRM menyeru pengundi memilih calon berdasarkan integriti, rekod perkhidmatan dan kemampuan menyelesaikan masalah rakyat. Sokongan terhadap PH, Bersatu serta parti lain, menurut gabungan itu, perlu dinilai melalui keputusan undi sebenar dan bukannya sekadar persepsi media sosial.


GRM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Samivel a/l Jairas, yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut sebagai wakil calon PH di DUN Asahan, serta menghargai sumbangan dan komitmen beliau.


Penghargaan turut ditujukan kepada reformis muda dan otai yang menyumbangkan tenaga, masa serta pengorbanan dalam gerak kerja kempen. GRM menegaskan bahawa perjuangan reformasi melangkaui kemenangan pilihanraya dan merangkumi usaha membina negara yang adil, berintegriti serta membela seluruh rakyat.


Dalam kenyataan sama, GRM mengalu-alukan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke DUN Serkam sebagai ruang mendengar suara masyarakat dan memperkukuh hubungan kepimpinan negara dengan rakyat.


GRM menyeru seluruh pendukung reformasi meneruskan khidmat masyarakat, memperkukuh kerja berpasukan dan menyampaikan maklumat yang benar serta bertanggungjawab.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page