Tahanan 28 hari tanpa bicara seperti ISA



Lulusnya usul perlanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma selama lima tahun lagi merupakan satu kekalahan kepada rakyat di tangan kerajaan yang bukan mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum 2018.


Bagaimanapun, wakil wakil rakyat pembangkang telah berusaha sehabis daya untuk menggagalkan akta berkenaan.


Salah satu yang membahas Rang Undang undang berkenaan adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim. Beliau menyatakan penahanan 28 hari tanpa bicara dalam Sosma lebih kurang sama dengan penahanan 60 hari tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan


"Saya memahami pendirian kerajaan dan tanggungajwab polis tentang keselamatan dalam negeri, kita jaga sama sama


"Tetapi usul yang berhormat nak bawa ini berkaitan subseksyen 4(5) Akta Sosma.


"Seksyen ini memberi polis kuasa menahan orang tanpa bicara selama 28 hari. Tak dibawa ke mahkamah, depan majistret untuk dapatkan perintah, tak dibenarkan peguam mewakili orang tahanan apabila beliau ditahan. Macam zaman dulu ISA, tempoh 60 hari pertama," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat.


Katanya, beliau yang pernah menjadi tahanan politik merasakan peritnya ditahan di penjara dan tidak sewajarnya rakyat diperlakukan sedemikian dan hak mereka dilucutkan hanya semata mata atas nama keselamatan.


"YB Menteri, saya ada pengalaman ditahan, dalam penjara bukan senang. Mungkin kalau YB Menteri ada pengalaman tanpa bicara sampai 28 hari, tak usah 28 hari, 2 - 3 hari pun seksa.


"Isu tahanan tanpa bicara bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kita Ahli Parlimen angkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan.


"Apa yang ada dalam Perlembagaan, Perkara 5 (1) Perlembagaan menyatakan kebebasan diri seseorang warganegara dijamin oleh undang undamg. Maka tidak boleh dilucutkan kebebasan itu," katanya lagi.


Penerusan subseksyen 4(5) Sosma diluluskan hari ini dengan undi belah bahagi, seramai 111 Ahli Parlimen mengundi menyokong, 88 menentang, manakala 21 lagi tidak hadir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER