top of page

Tagih 'formula' Rafizi tetapi serang isu di luar Kementerian Ekonomi



Pembangkang serta pihak yang tidak berpuas hati menyerang Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli kebelakangan ini dinasihatkan membuat 'kerja rumah' terlebih dahulu sebelum menghamburkan tohmahan.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata serangan lintang pukang pihak yang tidak berpuas hati itu kelihatan dungu kerana tidak menyentuh bidang tugas Rafizi di kementerian yang diterajuinya.


Menurut Razeef, isu harga telur atau harga pasaran barangan keperluan asas bukan di bawah kawalan Kementerian Ekonomi.


"Saya melihat serangan yang beliau hadapi hanyalah kerana kelantangan beliau sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.


"Beliau lantang menegur kerajaan Perikatan Nasional sebagai gagal mengawal kenaikan harga barang serta menyebabkan ekonomi negara merundum


"Namun adakah serangan yang beliau hadapi hari ini benar benar berkaitan kegagalan beliau sebagai Menteri Ekonomi?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Tegas Razeef, sekiranya rakyat membaca kenyataan beberapa pertubuhan serta pakar ekonomi, kebanyakannya berpendapat Rafizi berjaya dalam tempoh 50 hari beliau sebagai Menteri jika dinilai daripada skop tugasan.


Malah pada sidang media kelmarin, ujarnya, jelas usaha Rafizi untuk mengajak rakyat Malaysia keluar daripada krisis inflasi yang membelenggu sejak bertahun tahun. Rafizi, kata Razeef, mahu rakyat melihat indeks harga pengguna sebagai rujukan berkaitan harga barang. Ia mendidik pengguna untuk mengetahui harga yang baik serta memilih premis yang menawarkan harga patut.


"Selain itu Rafizi juga menyebut tentang bagaimana pengusaha pertanian tempatan dapat meluaskan pasaran, seterusnya mengurangkan kebergantungan import sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi petani. Dengan ini ia boleh mengawal inflasi selain memastikan keterjaminan makanan.


"Namun apa yang saya lihat, komen ke atas beliau hanya menagih 'formula' untuk menurunkan harga barang walaupun pelan yang Rafizi maklumkan merupakan langkah awal dalam usaha menurunkan harga serta memastikan keterjaminan makanan," katanya.


Bagi Razeef serangan secara membabi buta oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap Rafizi itu menyebabkan mereka tidak melihat kejayaan awal dalam mengawal inflasi


Katanya, lebih baik pembangkang melihat kadar semasa tukaran matawang negara yang mengukuh berbanding Dollar Amerika Syarikat sebelum menyambung kritikan.


"Sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi boleh sahaja bercerita tentang projek-projek mega atau penurunan inflasi, bercerita matawang Malaysia makin kukuh berbanding Dollar atau bercerita berkenaan kejayaan Kementerian Ekonomi mengurangkan bebanan ekonomi yang dibuat kerajaan PN dahulu.


"Namun beliau memilih isu yang dekat dengan rakyat, iaitu kos sara hidup kerana ia memberikan kesan besar terhadap rakyat marhaen.


"Beliau ketepikan kritikan dan hinaan asalkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan ini rakyat merasa hasilnya apabila ekonomi semakin mengukuh dan harga barang keperluan asas mulai turun," kata Razeef lagi.


Justeru daripada menghentam Rafizi membabi buta, beliau mengajak rakyat untuk menjadi pengguna bijak dengan memilih premis yang menjual harga patut.


Katanya dengan tindakan bijak rakyat usaha mempersiapkan diri menghadapi krisis ekonomi global tahun ini rakyat Malaysia akan berjaya melalui ketidaktentuan ekonomi dengan selamat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page