top of page

Tabung Haji umum keuntungan 3.10%, libatkan agihan RM2.72 bilion



Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan 2023, sama seperti tahun lalu, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.


Beliau memberitahu jumlah keseluruhan agihan keuntungan berkenaan melibatkan RM2.72 bilion untuk disalurkan kepada lebih 9.15 juta pendeposit tabung menunaikan ibadah haji itu.


"Ini menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan TH selama 60 tahun adalah sebanyak RM42.88 bilion sehingga kini," katanya pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH tahun kewangan 2023 di Kuala Lumpur hari ini.


Turut hadir Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Mustakim Mohamad.


Mohd Na’im berkata, agihan keuntungan TH 2023 mematuhi Akta Tabung Haji 1995 iaitu dilaksanakan setelah penyata kewangan TH tahun lepas selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan mengambil kira rosot nilai terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi serta pelaburan hartanah di United Kingdom.


Beliau turut mengumumkan pelunasan zakat RM101 juta kepada semua Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi pihak pendeposit untuk tahun lepas, dengan diselaraskan berdasarkan nisbah baki simpanan pendeposit mengikut negeri.


"TH berharap pelunasan zakat ini secara langsung atau tidak langsung dapat membantu usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara," katanya.


Katanya pendeposit TH boleh memeriksa keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 12 tengah hari ini, menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam serta Bank Rakyat selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.


Mengenai Program Zakat Wakalah TH, Mohd Na’im berkata TH telah menyantuni lebih 560,000 asnaf di seluruh negara pada tahun lepas dan secara keseluruhannya, lebih daripada 1.6 juta asnaf telah menerima manfaat daripada program tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page