top of page

Tabung Haji diselamatkan PH, bukan dijual pada Cina - Saifuddin



Tabung Haji (TH) mencatat perolehan membanggakan tahun ini kerana proses penyelamatan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak setahun lalu telah berjaya.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam sesi bahas Titah Diraja semalam menyatakan TH pada 2017 mengalami kerugian besar dan Kerajaan PH terpaksa memulihkannya apabila mengambilalih pemerintahan pada 2018.


"2014 Bank Negara tegur TH sebab aset kurang berbanding liabiliti. 2018 penyata kewangan TH dibentangkan kepada jemaah menteri (PH). Pagoh (Muhyiddin Yassin) ada dalam jemaah menteri. Kita terkejut apabila diberitahu laporan kewangan bukan dibuat oleh penilai bebas tetapi oleh pengurusan dalaman TH.


"Hakikatnya tahun 2017 TH rugi tetapi dilaporkan untung. Apa kita buat? Kabinet arahkan sahabat saya, Parit Buntar (Mujahid Yusof Rawa) melantik (firma akauntan) PricewaterhouseCoopers, dapatkan pandangan audit (jabatan audit) serta Institut Perakaunan Negara yang mengawal disiplin audit sesebuah badan. Didapati bahawa TH rugi RM1.42 bilion dan defisit terkumpul RM1.8 bilion.


"Kita dapati TH sedang sakit. Hibah kalau ikut seksyen 23(2) (Akta TH) tak boleh dikeluarkan," katanya.


Keadaan itu, kata Saifuddin, membawa kepada operasi penyelamatan besar-besaran dengan kerajaan PH menyuntik dana hampir RM18 bilion bagi memulihkan institusi kewangan orang Melayu - Islam berkenaan.


"Keajaan PH cadang penyelesaian. Lalu jemaah menteri meminta Parit Buntar bentangkan pelan pemulihan. Aset yang diasingkan yang rugi (ditolak) ke bawah special purpose vehicle (SPV) di bawah Kementerian Kewangan. Tahun itu (2019) kerajaan suntik RM500 juta dan mulai 2021, selama 5 tahun ke depan suntik RM17.73 bilion. Hampir RM18 bilion untuk selamatkan TH daripada penyelewengan kerajaan dahulu," ujarnya.


Bagaimanapun, menurut Saifuddin, pembangkang ketika itu menyebarkan fitnah kononnya TH telah dijual kepada orang Cina melalui Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Di luar sana kerajaan PH diserang, jual TH kepada orang Cina. Di kawasan saya, masjid Taman Selasih, YDP Pas khutbah, Ittakullah, Ittakullah. Tajuk khutbah, Kerajaan PH jual TH kepada orang Cina.


"Orang padat dalam masjid apa boleh kita cakap. Apa kita buat," katanya.


Namun, menurut Saifuddin, segalanya telah terbukti apabila Menteri Agama kerajaan Perikatan Nasional sendiri mengesahkan bahawa aset TH tidak pernah dijual kepada bukan Islam sebagaimana yang didakwa Pas dan Umno sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page