top of page

Tabung Haji diarah siasat kejadian jemaah terkandas di Makkah



Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat kejadian sekumpulan jemaah Malaysia terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya maklum kejadian menimpa bakal jemaah haji berkenaan yang dipercayai terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan.


"Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat," katanya melalui kenyataan.


Media pada Sabtu melaporkan, 300 bakal haji yang kini di Makkah kebingungan selepas dimaklumkan agensi pengurusan menggunakan visa pelancong.


Seorang individu mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook selepas dihubungi rakannya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.


Sementara itu Mohd Na'im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mengingatkan kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah menjadi satu kesalahan dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).


Setiap tahun pihaknya melalui TH juga sentiasa memberi peringatan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page