top of page

Tabika elit: Jangan wujudkan jurang pendidikan kaya-miskin



Cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar mahu mewujudkan tabika elit di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dikritik hebat banyak pihak.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Johor, Omar Mokhtar, kewujudan tabika elit hanya akan melebarkan jurang pendidikan antara anak-anak golongan menengah dan berpendapatan rendah


Apatah lagi, katanya, kerajaan membayangkan tabika elit akan menyediakan kurikulum yang lebih baik kepada pelajar dan tentunya mengenakan yuran lebih tinggi.


"Adakah ini bermakna anak-anak orang miskin tak layak mendapat pendidikan berkualiti dari kerajaan di tabika? Ini baru peringkat pra-sekolah, tidak wajar justifikasi ini digunapakai.


"Sepatutnya kerajaan memikirkan kaedah untuk memastikan seramai mungkin kanak-kanak mendapat pendidikan pra sekolah berkualiti.


"Jika tabika swasta tidak ada masalah. Memang sudah banyak wujud dengan yuran yang kita sedia maklum agak tinggi, itu tidak dipertikaikan. Namun tabika yang dicadangkan ini ingin diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Omar Mokhtar

Menurut Omar lagi, kerajaan tidak sepatutnya menambah beban dalam sistem pendidikan Malaysia yang sejak sebelum merdeka telah bermasalah dengan penubuhan sekolah vernakular berdasarkan kaum, kini mahu diwujudkan pula pendidikan pra-sekolah yang berasaskan pendapatan ibu bapa.


"Timbalan Menteri tidak langsung tahu sentimen masyarakat terbanyak yang inginkan kualiti pendidikan terbaik kepada anak-anak, ketika masih terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang membebankan terutama semasa era pandemik Covid 19.


"Justeru, mendukacitakan apabila pendidikan yang sepatutnya menjadi medan perpaduan, menyemarakkan semangat muhibah, memberi ruang kepada anak-anak kecil berasimilasi merentas kaum, agama, taraf hidup dan budaya akhirnya menjadi virus yang boleh melebarkan jurang perpaduan dalam masyarakat," katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat Malaysia menolak idea separuk masak Kementerian Pembangunan Luar Bandar mewujudkan tabika elit tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page