top of page

T'ganu tiada modal buat pembangunan tanpa peruntukan Persekutuan



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada Julai atau Ogos ini para pengundi dinasihatkan berfikir secara mendalam dan serius sebelum membuat keputusan melantik kerajaan.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail dalam satu siaran media.


Katanya lebih 80% belanjawan Terengganu setiap tahun datangnya dari kewangan Kerajaan Persekutuan


"Di Terengganu ini, Kerajaan Negeri bawah pimpinan siapa pun dia perlukan RM2 bilion setahun.


"10 tahun kebelakangan ini memang RM2 bilion lebih. RM2.1 bilion, RM2.2 bilion untuk dibelanjakan setahun. Datan dari mana? Dia datang dari kerajaan pusat beri ke Terengganu.


"Dalam bentuk wang ehsan juga dana petroleum dan gas. Hasil dalam negeri hanya RM200 juta. Kurang 12% daripada belanjawan," katanya.


Menurut mantan ADUN Bandar itu, kewangan dari hasil negeri Terengganu itu sebenarnya tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam Kerajaan Negeri itu sendiri.


Apatah lagi untuk menyediakan peruntukan pembangunan kepada rakyat seperti membina jalan raya, longkang, kemudahan awam dan sebagainya.


"Bermakna kalau tak ada duit dari pusat Terengganu tak boleh nak bayar gaji pun. Gaji kakitangan awam di Terengganu (memerlukan anggaran) sekitar RM250 - RM270 juta setahun.


"Inilah dilema yang besar dihadapi bila Kerajaan Negeri tidak sama dengan kerajaan pusat.


"Oleh itu adalah perkara sangat penting untuk memastikan kesinabungan pentadbiran negeri Terengganu. Supaya di peringkat negeri kita bersama pusat (gabungan politik yang sama) agar perkara ini (peruntukan pembangunan) mudah untuk kita laksanakan," katanya lagi.


Dalam Pilihan Raya Umum 2018 Pas menang 22 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala BN hanya menang di 10 kerusi.


Walau bagaimanapun dengan perkembangan terkini dan imej bersih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka sokongan tidak akan terlalu mudah kepada Pas dan berkemungkinan akan berlaku pertandingan sengit di kerusi kerusi yang BN kalah tipis atau Pas menang tipis untuk direbut bersama oleh KEADILAN dan Amanah pada PRN kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page