top of page

Syed Saddiq Perlu Cermin Diri Sendiri

Updated: Jun 18, 2023


Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Celupar sungguh “Pakar Lipat” iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melemparkan tuduhan yang bersifat separa benar (half-truth) sehingga memburukkan Kerajaan Perpaduan secara tidak adil.


Tuduhan separa benar yang dibangkitkan oleh “Pakar Lipat” terkait dengan peningkatan kos dan pengurangan jumlah kapal untuk projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), namun kesemua perkara yang dibangkitkan oleh “Pakar Lipat” telah pun dijawab oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di dalam sidang Parlimen pada tarikh 8 Jun 2023.


Kebiadaban “Pakar Lipat” itu terserlah apabila menuduh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul sebagai tidak adil dan cuba melindungi siasatan LCS. Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga turut diserang oleh “Pakar Lipat” dengan tuduhan mengugut, AMK dalam isu ini hanya ingin mempertahankan integriti dan maruah Kerajaan Perpaduan daripada tuduhan separa benar “Pakar Lipat”.


AMK pejuang tatakelola baik


AMK sentiasa berpegang teguh terhadap usaha reformasi yang cuba di bawa oleh Kerajaan Perpaduan yang kini dipimpin oleh PMX. Penekanan terhadap tata kelola yang tegas telah ditekankan berkali-kali oleh PMX dalam setiap ucapan beliau, malah semua ahli kabinet Kerajaan Perpaduan tahu tentang prinsip PMX yang tidak akan bertolak ansur terhadap rasuah dan penyelewengan.

Mohd Fauzi Fadzil

PMX sedar dalam keghairahan beliau melaksanakan tata kelola yang tegas, beliau juga harus patuh terhadap proses undang-undang yang telah ditetapkan. Siasatan terhadap tuduhan penyelewengan projek LCS masih berlangsung sehingga kini, tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk mengugurkan siasatan tersebut oleh PMX.


Syed Saddiq menganggap keadilan dalam isu tersebut hanya boleh dicapai sekiranya berlaku tangkapan besar melibatkan orang kenamaan. Namun beliau seakan-akan lupa bahawa Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor telah didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).


Siasatan LCS disokong


Alasan bahawa siasatan projek LCS perlu dipercepatkan kerana mempunyai kepentingan orang ramai yang melibatkan wang rakyat adalah disokong oleh pimpinan AMK, namun proses undang-undang perlu dihormati dengan membenarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka.


AMK menghormati proses undang-undang tersebut seperti mana AMK menghormati proses undang-undang yang melibatkan tuduhan terhadap penyelewengan “Pakar Lipat”. Tuduhan terhadap “Pakar Lipat” melibatkan penyalahgunaan dana Youth Power Club (YPC) yang telah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Cermin diri sendiri dahulu


Namun AMK tidak pernah menggesa agar proses undang-undang yang sedang dihadapi oleh “Pakar Lipat” untuk disegerakan walaupun tuduhan penyelewengan tersebut membabitkan dana dan kepentingan rakyat.


AMK faham keadilan perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar tiada pihak teranaiya, jika AMK boleh mengambil pendirian berlapang dada maka mengapa “Pakar Lipat” harus mengambil pendekatan sebaliknya?


“Pakar Lipat” harus cermin dirinya dahulu sebelum membuat sebarang gesaan dalam isu siasatan LCS. Jika gesaan yang sama dilakukan oleh AMK terhadap pertuduhan yang sedang dihadapi oleh “Pakar Lipat”, adakah “Pakar Lipat” akan turut menyokong gesaan tersebut?


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page