top of page

Syarikat telekomunikasi tawar bantuan pemulihan mangsa tragedi paip gas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini akan menawarkan bantuan dan sokongan pemulihan kepada mangsa kebakaran di Putra Heights bertujuan meringankan beban kewangan mereka.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penyedia perkhidmatan yang menawarkan pertolongan itu terdiri daripada Celcom Digi, Maxis, TM Unifi, U Mobile dan YES.


''Antara bantuan dan sokongan pemulihan yang diberikan adalah pengecualian bayaran balik perkhidmatan prabayar dan pascabayar bagi tempoh tertentu.


''Selain itu, penggantian peralatan dan penukaran kad sim secara percuma kepada pelanggan yang terjejas serta perkhidmatan Wifi 5G secara percuma di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights.


''Penawaran bantuan sokongan dan pemulihan telekomunikasi kepada pelanggan yang terjejas adalah mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan berbeza mengikut syarikat telekomunikasi serta tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan,'' kata Fahmi menerusi sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.


Sehubungan itu, beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, mangsa yang terkesan boleh mengunjungi kaunter bergerak syarikat telekomunikasi yang dibuka di PPS.


Ujarnya, mangsa juga boleh menghubungi talian utama hotline syarikat telekomunikasi yang berkaitan atau hadir ke mana-mana cawangan berdekatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page