top of page

Syarikat telco sokong Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media



Jabatan Penerangan (Japen) menyarankan pengamal media untuk menyemak kelayakan bagi menikmati Insentif Rebat Rahmah yang diumum Menteri Komunikasi dan Digital (KKD).


Menerusi kenyataan, Japen berkata, semakan tempoh sah laku kad perakuan masing-masing boleh dibuat dengan log masuk ke akaun sistem e-Media Jabatan Penerangan Malaysia di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum atau pada Ahad ini.

"Sempena Hari Malaysia 2023, pengamal media akan menikmati Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 29 Ogos 2023 yang lalu," kata kenyataan tersebut.


Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media simbolik penghargaan kerajaan kepada pengamal media yang secara telus menyebarkan informasi berkenaan usaha kerajaan khususnya berkaitan pakej Rahmah kepada rakyat.

Japen berkata pemberian rebat itu juga tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.


Maklumat lanjut Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media boleh didapati melalui soalan lazim (FAQ) di pautan https://www.kkd.gov.my/awam/faq.


Sementara itu dalam satu lagi kenyataan, TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications menyatakan sokongan kepada inisiatif yang dilaksana kerajaan itu.


Ia jelas mereka akan memberi manfaat kepada 10,000 pemegang kad perakuan media berdaftar.


Kredit foto: RTM

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page