top of page

Syarikat semikonduktor Jerman labur RM20 bilion di Malaysia



Pengeluar semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan untuk membina kilang bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide).


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak €5 bilion (sekitar RM20 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3 di Kulim, Kedah hasil perbincangan dengan Infineon sebelum ini.


"Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.


"Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat iaitu Ketua Pegawai Operasi, Dr. Rutger Wijburg, pada 24 Julai lalu," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak lima dekad lalu, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.


Keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia jelasnya mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.


"Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.


"Pengumuman ini juga selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page