top of page

'Syarikat naik harga makanan ayam wajar didenda, satu pengkhianatan'



Lima syarikat yang menaikkan harga makanan ayam wajar dikenakan penalti sebanyak RM415.5 juta selepas didapati bersalah menetap dan menyeragamkan secara bersama harga produk mereka.


Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, perbuatan menetapkan harga tersebut merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia yang terpaksa berbelanja lebih membeli ayam untuk makanan harian.


"Apabila berlaku kartel atau pakatan untuk mengawal harga makanan ayam, maka harga ayam itu susah untuk dikawal.


"Bagi saya, ini pengkhianatan kepada negara peringkat paling tinggi dari segi undang-undang.


"Lima syarikat terbabit menguasai 40 peratus pasaran makanan ternakan ayam di negara ini," katanya pada sidang media selepas meninjau harga barang keperluan melalui pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di Kuantan, hari ini.


Semalam, lima syarikat pengeluar makanan ayam dikenakan penalti bernilai RM415.5 juta.


Lima daripada 29 syarikat pengeluar makanan haiwan ternakan itu dianggarkan menguasai sehingga 40 peratus pasaran makanan ternakan ayam di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page