top of page

Syarikat milik MBI Selangor terima anugerah emas antarabangsa



Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), sebuah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) memenangi anugerah emas untuk Kelestarian dalam Kerajaan pada majlis anugerah alam sekitar berprestij, Green World Awards 2023.


LLSB dalam kenyataan pada Selasa berkata anugerah itu disampaikan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Green Organisation, Roger Wolens.


Norita Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Diperbadankan), syarikat pemegangan LLSB, menerima trofi dan sijil penghargaan anugerah itu bersama-sama Pengarah Perkhidmatan Korporat LLSB Nini Shazrina Ahmad Shamli pada majlis yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat pada 24 April.

"Hasil daripada kejayaan anugerah tersebut, LLSB telah dipelawa menyertai pergerakan Duta Green World dan kertas kemenangan diterbitkan dalam The Green Book, rujukan antarabangsa terkemuka mengenai amalan terbaik alam sekitar," kata kenyataan itu.


Sejak 2018, LLSB dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi merancang dan mengurus pelaksanaan projek inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG).


SMG adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang teruk tercemar sekaligus menjadikannya berdaya maju bagi peluang ekonomi baharu dan untuk kesejahteraan sosial masyarakat sekitar sungai.

Anugerah yang diterima Isnin lalu itu adalah anugerah antarabangsa kedua yang dimenangi oleh LLSB untuk projek SMG.


Syarikat itu sebelum ini memperoleh perak untuk Inisiatif Kelestarian Kerajaan Terbaik di Anugerah Kelestarian Teluk 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page